View: 3482|Reply: 12
|
Zoo di Jepun gantikan landak dengan berus kerana cuaca sejuk
[Copy link]
|
|
Biasanya kita mengunjungi zoo untuk melihat haiwan-haiwan secara dekat dan bersemuka, tetapi zoo juga bertujuan untuk membantu pengunjung memahami kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia memberi kesan yang besar terhadap kehidupan dan kesejahteraan haiwan.
Selain itu zoo turut juga mengajar orang ramai tentang pentingnya pemuliharaan dan penjagaan haiwan di samping pengunjung dapat mengetahui latar belakang unik mengenai setiap haiwan ketika mereka berjalan di sekitar zoo.
Itulah juga yang ditawarkan oleh sebuah taman haiwan di Jepun walaupun ia tidak dapat mempamerkan salah seekor haiwannya kerana cuaca sejuk. Sebaliknya taman tersebut menggantikannya dengan objek yang kelihatan sama dengan haiwan itu.
Sebuah perkongsian di Twitter yang tular menarik perhatian ramai apabila taman haiwan yang terletak di Toyota City, daerah Aichi itu menggantikan landak dalam kandang mereka dengan sebuah berus.
Pada cermin kandang haiwan itu, pihak taman meninggalkan notis yang menjelaskan perubahan berkenaan. Notis tersebut menyatakan bahawa landak mereka tidak dapat dipamerkan untuk melindungi haiwan tersebut dari cuaca sejuk.
“Sebaliknya, perhatikan berus ini yang kelihatan tidak ubah seperti landak. Sila datang lagi apabila cuaca lebih panas. ”
Perkongsian gambar itu tular di Twitter dengan ribuan komen yang terhibur dengan cara taman berkenaan mengendalikan masalah tersebut.
SUMBER
TWITTER
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Benda biasa dikala musim sejuk melanda selalunya mereka letak anak patung berbanding berus |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha klakanya letak berus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh lah buat ada- ada dari tak de |
|
|
|
|
|
|
|
asal ada iras2 bolehla tu |
|
|
|
|
|
|
|
aduhh... makanan boleh buat dummy.. tak kan la landak tak boleh buat.. kelakar betul laaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya..tapi memang kalau nak dekat musim sejuk,banyak haiwan berdarah panas berhibernasi kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha kena datang baliklaa nak tgk landak live
|
|
|
|
|
|
|
|
sebijik pula tu |
|
|
|
|
|
|
|
Berus
Xtau nak kata zoo ni malas ke creative
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh beza berus dengan landak |
|
|
|
|
|
|
| |
|