View: 3670|Reply: 0
|
Penemuan Semula Ikan Pupus 20 Tahun Lalu Di Tasik, “Kami Seakan Tidak Percaya”
[Copy link]
|
|
Penemuan Semula Ikan Pupus 20 Tahun Lalu Di Tasik, “Kami Seakan Tidak Percaya”
Sedari dulu lagi berita mengenai haiwan hampir pupus diwar-warkan oleh saintis memberikan didikan secara tidak langsung kepada orang ramai untuk menjaga alam sekitar. Bukan untuk menakutkan, namun secara umumnya pemanasan global dek kerana kerakusan manusia sendiri telah menyebabkan kemusnahan alam.
Namun begitu, lain pula halnya dengan beberapa saintis yang menemui ikan diklasifikasikan pupus 20 tahun lalu di tasik ini. Menerusi sebuah laporan, penemuan semula ikan pupus tersebut membuatkan para ahli konservasi bingung.
Hidupan tersebut yang turut dikenali sebagai ‘ikan zombie’ ini memiliki corak ungu dan dinyatakan telah pupus pada tahun 1998.
Hasil kerja keras saintis ini, mereka menemui dua ikan kecil berwarna-warni pada sekitar 2019 di Tasik Middle Reedy. Dua tahun kemudian, banyak lagi ikan seperti ini ditemui di kawasan sekitar tersebut.
‘Ikan zombie’ yang dinyatakan pupus lebih dari 20 tahun yang lalu telah membuat para ahli konservasi bingung setelah koloni 66 daripadanya ditemui di sebuah tasik di Victoria, Australia.
“Ketika menemui kaloni ikan tersebut di Middle Reedy, kami seakan tidak percaya. Ini kerana kebanyakan dari kami telah bekerja sepanjang usia untuk menangani penurusan spesis yang terancam. Jadi untuk berpeluang menyaksikan yang sebaliknya adalah sesuatu yang istimewa, “ujar Pengerusi Jabatan Perancangan Alam Sekitar, Tanah dan Air, Adrian Martins.
Penemuan semula ikan pupus dari spesis southern purple gudgeon ini ternyata membuatkan saintis tersebut terkejut. Manakan tidak, mereka seringkali mendapat tahu mengenai kepupusan spesis hidupan, namun kali ini berita bertentangan pula diterima.
SUMBER
UNILAD
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|