View: 10806|Reply: 85
|
Nabila Razali Berlatih Tanpa Henti, Yakin Vokal Semakin Mantap
[Copy link]
|
|
Selama tiga bulan penyanyi Nabila Razali berehat daripada dunia nyanyian bagi memberi masa peti suaranya kembali sembuh.
Kini, pelantun lagu Peluang Kedua itu sudah bersedia, malah bakal bertanding menerusi pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Ahad ini.
Nabila percaya vokalnya sudah mengalami banyak perubahan dalam tempoh berehat selama tiga bulan.
Foto: IG
"Saya tidak mengambil sebarang tawaran menyanyi, hanya berehat dan menjalankan terapi suara. Alhamdulillah, vokal saya semakin baik. Saya baru sahaja menjalankan pemeriksaan, doktor memberitahu ada perubahan berbanding sebelum ini.
"Bengkak semakin surut. Disebabkan itu, saya bersedia menyanyi di pentas AJL35, Ahad ini. Jika tanya mengenai keyakinan, saya percaya kemampuan diri.
"Tidak menafikan tekanan sentiasa ada, tetapi buat masa sekarang, saya lebih fokus pada diri saya. Paling penting, saya merasakan vokal saya ada perubahan daripada sebelum ini," katanya kepada BH Online.
Dalam masa sama, Nabila berkata, dia berdepan dengan debaran memandangkan kali pertama beraksi di pentas berprestij itu.
"Gembira dan berdebar, semuanya bercampur baur. Namun, apa yang lebih mendebarkan adalah mempersembahkan lagu Peluang Kedua. AJL pula pertandingan karya, bukannya nyanyian.
"Insya-Allah, saya akan cuba memberikan yang terbaik," katanya yang akan mengetengahkan persembahan yang ringkas, tetapi beremosi.
Untuk itu, Nabila berkata, dia menjalankan latihan sejak peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35) yang lalu hingga hari ini.
"Saya berlatih tanpa henti. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menghadiri kelas bersama Datuk Syafinaz Selamat. Beliau juga mengatakan vokal saya bertambah baik, tetapi sudah tentu ada banyak yang perlu saya belajar. Namun, buat masa sekarang, saya berpuas hati dengan prestasi selepas menghadiri kelas bersamanya.
"Untuk pengetahuan, saya tetap akan menghadiri kelas selepas AJL35 untuk terus memantapkan vokal. Sudah tiga bulan saya berehat, tiba masanya saya kembali aktif," katanya.
Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Nabila berkata, dia tidak mahu terlalu sibuk dengan undangan nyanyian dan cuba seimbangkan nyanyian dan perniagaan.
Disebabkan itu, Nabila berkata, dia menggunakan tempoh rehat dalam dunia nyanyian untuk menceburi bidang perniagaan.
Kini, selepas beberapa bulan berjinak dalam bisnes, Nabila sudah membuka empat cawangan francais Ayo Fried Chicken.
"Saya biasa bekerja setiap hari. Apabila tidak bekerja, saya rasa kosong. Oleh sebab itu, berniaga adalah alternatif untuk membuatkan saya sentiasa sibuk.
"Alhamdulillah, sekarang saya aktif dalam perniagaan makanan dan mempunyai empat cawangan di Melaka, Selayang, Kota Damansara dan Senawang.
"Saya bersyukur jualan tetap memberangsangkan walaupun dalam situasi pandemik COVID-19. Saya gembira berpeluang menceburi bidang perniagaan baru," katanya yang pernah berniaga tudung sebelum ini. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bakal pemenang vokal terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
steady dik nab.. keep on tryin |
|
|
|
|
|
|
|
kriikk krikkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga AJL berjalan lancar, x sabar tengok persembhn para penyanyi yg bertanding |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 masa persembahan nyanyi lagu maaf andai ku terluka tu...
kan ada bahagian mk k-clique punya chorus tu dia punya gap rasanya dekat 30 saat panjang....
harap2 terus iklan time tu... supaya menepati feel dan konsep MV asal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tetibe die juara AJL you allsss.. Ko ghase??? Hahaha.. Sbb juri xde pilihan lain dh.. |
|
|
|
|
|
|
|
good luck nabila razali....yg kes terlebih makan kuih raya tu lupa je lah.....
sit back relax and enjoy AJL...... |
|
|
|
|
|
|
|
Takpa, yg penting kau usaha nabila. Hasil dan rezeki kita tunggu Ahad ni. All the best. |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat pon si nab ni.. tp iolls suka tgk dia pkai tudung or shawl.. terletak elok.. bagi iolls laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah suara dia dah jd mcm sinyu plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun iols tak suka suara dia, tapi iols suka keyakinan, positivity n usaha sheols. Cuba lah yang terbaik.. kalau rezeki awak menang, Alhamdulillah n anggap la suara yang menghina n mengutuk tu asbab untuk awak lebih improve di masa akan datang |
|
|
|
|
|
|
|
slh 1 sebab aku tgu juara lagu thn ni.nk tgk nabila la |
|
|
|
|
|
|
|
JalaEmas replied at 12-3-2021 11:40 AM
tak minat pon si nab ni.. tp iolls suka tgk dia pkai tudung or shawl.. terletak elok.. bagi iolls la ...
Iols pernah tengok cik nab ni secara live. Memang shawl dia nampak kemas tak serabut sana sini. Agaknya bentuk muka sheols kena bila pakai bawal or shawl.
Papepon good luck je la untuk cik nab dan semua yang bertanding. Iols kesian finalists tahun ni, takde penonton. Lain suasana takde penonton. Untuk yg 1st time pergi AJL memang tak merasa la dengan sorakan2 real dalam dewan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni baik je so plsss jgn la kecam dia.. i just cant... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tercekik..tersepit je sore dia bila nyanyi..btw dia ni keluaran program tv mana?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mulotkoyak replied at 12-3-2021 11:01 AM
Tetibe die juara AJL you allsss.. Ko ghase??? Hahaha.. Sbb juri xde pilihan lain dh..
Ghase happy sbb lagu dia sedap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Joysparta replied at 12-3-2021 12:15 PM
mcm tercekik..tersepit je sore dia bila nyanyi..btw dia ni keluaran program tv mana??
Af batch dgn grup hael n indah |
|
|
|
|
|
|
| |
|