Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
398
View
1
Reply

Bintang Ragbi Islam NZ Umum Bersara

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-3-2021 02:11 PM | Show all posts |Read mode

Williams umum persaraan dalam sukan ragbi. FOTO Twitter Sonny Bill Williams


Harian Metro

London: Bintang ragbi New Zealand (NZ) yang beragama Islam, Sonny Bill Williams mengesahkan persaraan dalam dunia ragbi dan mahu kembali kepada karier lamanya sebagai petinju.

Bintang berusia 35 tahun itu memenangi Piala Dunia bersama All Blacks pada 2011 dan 2015.

Williams juga pernah bertarung sebagai petinju dan terbabit dengan tujuh perlawanan antara tahun 2009 sehingga 2015.

"Saya mahu kembali semula ke gelanggang, saya ada tempoh beberapa tahun lagi," katanya kepada Nine Network.

"Saya berbincang dengan isteri dan seperti biasa, dia sentiasa memberi sokongan kepada saya.

"Saya mahu melihat di mana kemampuan saya dalam tempoh enam bulan lagi berbanding bernanding hanya enam minggu."

Williams menambah masalah di bahagian lutut menyebabkan dia tidak berupaya meneruskan karier dalam sukan ragbi.

"Terima kasih kepada orang ramai dan penyokong yang memberi sokongan kepada saya selama ini.

"Kepada rakan sepasukan, terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan membantu saya selama ini. Ia bukanlah perjalanan karier yang sempurna tetapi segala pengalaman itu membuatkan saya berasa bangga," katanya.
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 12-3-2021 02:44 PM | Show all posts
dia main ragbi mmg power legendary.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list