Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi Instagram menzahirkan rasa bangga membawa bekal makanan di dalam mangkuk tingkat.
Kredit foto: IG
Puteri Sultan Selangor itu berkata demikian berikutan seorang murid disindir membawa bekal menggunakan mangkuk tingkat ke sekolah.
"Saya bawa mangkuk tingkat ke mana-mana sahaja, ke bazar Ramadan, ke pasar malam dan ke trak makanan.
"Malah, orang panggil saya 'gadis mangkuk tingkat'," tulisnya.
Kredit foto: IG
Dalam hantarannya, Tengku Zatashah meluahkan rasa kesal berhubung insiden murid perempuan berkenaan menjadi mangsa buli siber hanya kerana membawa perkakas tradisional ke sekolah.
Sedih dengan komen negatif dilemparkan terhadap kanak-kank itu, Tengku Zatashah berkata, tidak wajar warganet bertindak demikian lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini. - CARI |