View: 5860|Reply: 28
|
Murtabak Cream Crackers Memang Lain Daripada Yang Lain -Sesuai Dimakan Bila-Bila
[Copy link]
|
|
Martabak atau biasa dipanggil murtabak ini sering ditunggu-tunggu ketika bulan puasa. Menikmatinya ketika sedang berbuka puasa dan moreh bukan lagi sesuatu yang asing.
Membuat murtabak dengan menggunakan kulit popia atau pun doh roti canai sudah biasa dilakukan. Kali ini seorang pengguna Facebook, Puan Hidayah Sibly telah berkongsi resepi membuat murtabak dengan biskut kering pula.
Menurutnya pada zaman dulu dulu, zaman ibunya , murtabak crackers ini dibuat sebagai hantaran sama ada untuk majlis perkahwinan atau majlis pertunangan. Jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahannya:
- 1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula
- 800 gm daging kisar
- 2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu
- 2 biji cili merah dihiris halus
- 2 biji cili hijau dihiris halus
- Satu ikat daun sup, daun bawang dihiris halus.
- 7 biji telur grade A
- 1 kotak besar susu segar
- Dua sudu kecil garam
- Dua sudu kecil serbuk lada hitam
Bahan bahan untuk dikisar dan ditumis:
- 3 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu makan cili giling, jika mahu pedas, lebihkan.
- 3 sudu makan rempah kari daging
Cara-cara memasaknya:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
- Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
- Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakar kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
- Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
- Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
- Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
- Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
- Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih. Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa.
Cara menyusun biskut:
1. Loyang 4 segi dialaskan dengan kertas aluminium dan disapu mentega. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) celup seketika dalam susu suam. Susun dalam loyang hingga penuh.
2. Tuangkan adunan daging dan ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Ulang langkah 1 dan 2 berselang-seli sehingga ke permukaan loyang.
4.Bakar dalam oven 180'C selama 45 minit sehingga masak.
5. Keluarkan dari oven dan terbalikkan. Apabila sejuk potong dan dihidangkan.
Tips:
- Susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan.
- Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
- Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak.
- Tumis guna mentega dan campur dengan sedikit minyak sahaja kerana daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Selamat mencuba. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnyaa, boleh cuba esk.. Tqqq |
|
|
|
|
|
|
|
Terliur plk tgk..nnt blh buat |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm sedap.. nanti cuba buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ke? Ada yg dh cuba ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Wah nampak sedap. Boleh try. Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya buat berbuka puasa nanti.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang dah cuba ke? sedap tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sedap. Bijak btol spe yg fkir boleh pkai biskut ni |
|
|
|
|
|
|
|
nampak macam sedap... boleh cuba ni
|
|
|
|
|
|
|
|
since kulit lasagna tu susah nak dpt kat tmpt i ni..boleh try guna ni pulakkk..tq tt share resepiii |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh cuba...tq TT share resepi |
|
|
|
|
|
|
|
Wow, first time tahu resepi ini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|