CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7345|Reply: 97

[Tempatan] Rumah tradisional usia ratusan tahun tarikan di Terengganu

  [Copy link]
Post time 13-3-2021 12:40 PM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU- Minat yang mendalam terhadap senibina tradisional Melayu mendorong seorang usahawan untuk mengumpul dan menghimpunkan rumah tradisional yang berusia lebih ratusan tahun.



Namun siapa menyangka minat mengumpul kediaman lama itu mampu menjadi perniagaan buat Alex Lee Yun Ping, di mana koleksi rumah lama itu juga bakal menjadi lokasi tumpuan pelancong yang bertandang ke negeri Terengganu.

Lokasi himpunan rumah itu dikenali sebagai Terramalai, atau Tanah Senibina Melayu, menyediakan beberapa jenis rumah tradisional berusia lebih 100 tahun dari negeri-negeri di semenanjung.

Usahawan berketurunan Cina peranakan Terengganu berusia 52 tahun itu berkata, idea dan impian untuk mengumpul rumah warisan telah tersimpan sejak awal tahun 90-an lagi.

Menerusi itu dia mula mencari dan merisik kediaman warisan dari seluruh semenanjung Malaysia untuk dipelihara dan diperkenalkan kepada orang ramai.

Nyata usaha itu membuahkan hasil dan setakat ini tiga buah rumah negeri yang menelan kos lebih RM1 juta telah didirikan di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit.

Lebih menarik, rumah warisan negeri itu bukan sahaja boleh dilawati malah orang ramai juga boleh menginap dan mendalami keunikan rumah negeri mengikut pilihan mereka.

“Kita sudah membangunkan tiga unit rumah tradisional iaitu Rumah Terengganu, Rumah Kelantan dan Rumah Negeri Sembilan. Ia turut dilengkapi hiasan dalaman artifak unik bagi negeri masing-masing.

“Apabila pelancong mengunjungi rumah ini, sebagai contoh Rumah Terengganu, mereka akan dapat menikmati suasana keindahan hiasan dan keunikan di Terengganu,” katanya.

Himpunan rumah purba mengikut negeri itu dijangka akan dibuka kepada pengunjung Jun ini.

Jelasnya selain kediaman warisan yang berusia ratusan tahun, Terramalai ini juga akan lengkapi dengan lima buah istana lama.

Pastinya keunikan senibina yang terukir di rumah mewakili setiap negeri di Malaysia itu mampu memikat orang ramai untuk melihatnya secara dekat.

Alex berkata, Terramalai ini juga merupakan kesinambungan selepas kejayaannya membina Terrapuri Heritage Village di Kampung Mangkuk, Setiu.

Tambahnya, jika di Terrapuri mempamerkan keindahan istana zaman dahalu, Terramalai ini pula mencetuskan warisan untuk rumah tradisional secara setempat di kawasan seluas 1.012 hektar.- AWANI

----------------------------------

Rumah tradisional melayu ni design dia sesuai dengan iklim di Malaysia. Lantai yang tinggi di atas tanah membantu pengaliran udara disamping tak ditenggelami banjir dan dimasuki ular.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 12:49 PM | Show all posts
pelaburan hartanah

mati esok tk yah bakau leh tanam kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
rindunya holiday tgk laut tu, untung dia dpt beli tanah/rumah dekat kawasan melayu, klu dulu2 mati hidup balik takkan dpt
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina ni pun panggil Malai-Ur
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 13-3-2021 01:37 PM
rindunya holiday tgk laut tu, untung dia dpt beli tanah/rumah dekat kawasan melayu, klu dulu2 mati h ...

Rizab Melayu kawasan ganu area bandar je...tu pun dah lama Melayu break the law...luar Bandar Cina dah sapu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 02:27 PM | Show all posts
Hobi i kumpul rumah. you?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah, kekalkan dan perbanyakkan

pembinaan kapal Melayu Mendam Berahi yang seni binanya gah, masih dalam proses untuk direalisasikan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik rumah dan view sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 Cina jgk yg gigih  preserve warisan melayu..kalo nak harap melayu sendiri dah lama rumah2 tu mereput jadi tanah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 13-3-2021 01:37 PM
rindunya holiday tgk laut tu, untung dia dpt beli tanah/rumah dekat kawasan melayu, klu dulu2 mati h ...

melayu ganu x jual tanah kt cina ek?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
notM replied at 13-3-2021 01:40 PM
Rizab Melayu kawasan ganu area bandar je...tu pun dah lama Melayu break the law...luar Bandar Cina ...

Kencing lagi

hancing betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 02:58 PM | Show all posts
tripleid replied at 13-3-2021 02:49 PM
Ujung2 Cina jgk yg gigih  preserve warisan melayu..kalo nak harap melayu sendiri dah lama rumah2 tu  ...

Sudah malayu gigih benar mencorakkan rumah seperti english deco
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 13-3-2021 02:54 PM
melayu ganu x jual tanah kt cina ek?

taktau, ni rules dulu2 lah, mana2 pun mmg klu boleh dorang tak bagi cina sewa/beli tanah atau rumah, sebab takut nanti diempunya kan, sebab biasanya klu dpt dpt sewa area tu, lama2 dorang akan empunyakan (beli) lah kot

cina kan ada duit, bodek2 org melayu mintak beli, melayu jual, ni cerita org tua2 dulu u, tak terpakai dah skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 13-3-2021 02:49 PM
Ujung2 Cina jgk yg gigih  preserve warisan melayu..kalo nak harap melayu sendiri dah lama rumah2 tu  ...

Kalau nak harap Melayu diorg buat rumah style Modern...banyak cermin kaca....malu nak ngaku Melayu duduk rumah papan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
notM replied at 13-3-2021 01:40 PM
Rizab Melayu kawasan ganu area bandar je...tu pun dah lama Melayu break the law...luar Bandar Cina ...

tempting lah cash money kan, alih2 melayu sewa tanah cina
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 13-3-2021 03:10 PM
taktau, ni rules dulu2 lah, mana2 pun mmg klu boleh dorang tak bagi cina sewa/beli tanah atau ruma ...

Ooo..gitu...johor ada gak tanah yg rezab melayu tapi melayu sendiri mngomel sbb x dpt jual mahal....klu cona beli kan harga mahal....

aku harap melayu skrg pegang lah pesan org tua....selamat dunia akhirat...ikutkn kita org islam ni memang x blh jual tanah kat org kafir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 13-3-2021 03:12 PM
tempting lah cash money kan, alih2 melayu sewa tanah cina

Tanah area ganu tepi Pantai ni banyak orang luar dah sapu....

Sebab meols ada Manager orang Jawa+Mamak orang Selangor..dia beli banglo tepi Pantai ganu.

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 03:16 PM | Show all posts
siapa pernah stay kt Terrapuri ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by notM at 13-3-2021 03:20 PM

Ganu NI dulu negeri dia lousy zaman 500 tahun dulu..xda apa...start Ada zaman satu Sultan NI..I Tak ingat nama dia apa....dia ni banyak buat Pasar...3-4 buah pasar Sultan tu bina...panggil orang Siam, Patani, Palembang berniaga Kat Terengganu....start dari situ Kesenian dari Palembang macam Kain Limar tu masuk....lepastu wujud tukang tembaga, batik, tukang Kayu, tukang besi etc.

Time ni la Terengganu lahirkan pedagang terkenal macam Haji Abdullah Hukum tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
notM replied at 12-3-2021 11:11 PM
Kalau nak harap Melayu diorg buat rumah style Modern...banyak cermin kaca....malu nak ngaku Melayu ...

Buat rumah kayu lagi mahal dari buat modern.house + maintenance tinggi if low grade kayu... Somehow rumah kayu ada banyak lobang untuk airflow tidak sesuai untuk install aircon... Itu yang aku nampak lah.. Ada 1 resort di langkawi aku pernah stay dan tanya owner sendiri memang mahal... Itu pun tidak ciri traditional sangat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.129784 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list