CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 2

Sudah tiba masa guna VAR dalam Liga Malaysia

[Copy link]
Post time 13-3-2021 04:16 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Cadangan penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga M) kembali diperkatakan susulan beberapa kontroversi membabitkan pengadil selepas dua perlawanan awal musim ini.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa menjelaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersama kelab yang bertanding perlu mengorak langkah dalam usaha menggunakan teknologi itu dalam kancah liga tempatan.

Mengakui kos tinggi perlu ditanggung untuk melaksanakan VAR, namun Mohd Sadek menjelaskan kelab boleh melakukan kerjasama pintar bersama pengeluar atau pembekal teknologi itu dalam bentuk penajaan dan hak pengiklanan.

"Bola sepak ini penuh dengan drama, kena sikit sahaja sudah meraung atau menjerit. Ketika pandemik COVID-19 ini, semua kurang aksi pemanas badan termasuk pengadil.

"Tapi langkah paling baik ketika ini adalah MFL dan FAM mengambil pendekatan menggunakan VAR. Ia baik kerana akan menjadi bahan bukti walaupun ia mencetuskan kontroversi di beberapa liga Eropah.

"MFL perlu menetapkan tempoh masa yang mana mungkin dalam tempoh tiga tahun akan datang setiap tuan rumah Liga Super menyediakan teknologi itu di gelanggang mereka dan pasukan perlu mencari tajaan atau jalin kerjasama pintar dengan syarikat pengeluar.

"Memang ia menelan kos tinggi, tapi pasukan mungkin boleh melakukan perkongsian pintar menerusi penajaan dan memberi hak pengiklanan kepada syarikat pengeluar teknologi itu dalam jangka panjang, mungkin dalam tempoh 10 tahun.

"Pasukan sekarang pun bukan lagi persatuan, mereka adalah kelab. Apabila entiti itu sudah berubah, tahap profesional mereka juga perlu mengikut aliran perubahan itu," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Antara insiden membabitkan pengadil yang dipersoalkan pelbagai pihak sebelum ini termasuk insiden pengadil Mohd Amirul Aizat Mohd Lodin ditolak pemain Kelantan FC Jack Hindle dengan Mohd Amirul dikatakan berada pada kedudukan salah kerana menghadang Hindle untuk melakukan percubaan dalam kawasan penalti.

Isu mutu pengadilan sekali lagi dibangkitkan susulan kontroversi sepakan penalti diberikan pengadil berpengalaman Mohd Fairuzi Mat Desa kepada PJ City yang mana pemain Khairil Anuar Ahmad Zamri dilihat jelas sengaja menjatuhkan badan tanpa dikasari pemain Melaka United.

Selain dua insiden itu, dalam satu lagi insiden membabitkan pemain JDT, Natxo Insa yang dikatakan bernasib baik apabila terlepas daripada dilayangkan kad merah oleh S Logeswaran selepas berkelakuan ganas menyiku pemain Penang FC Anselmo Casagrande pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim.

Mohd Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam turut menjelaskan penggunaan VAR turut memberi impak positif kepada pengadil tempatan.

"Kita juga perlu bergerak dengan peredaran semasa kerana di Piala Dunia, pengadil yang mengadili perlawanan adalah mereka yang sudah biasa dengan VAR.

"Jadi, peluang untuk pengadil kita mengadili perlawanan peringkat antarabangsa adalah tipis jika kita tidak dedahkan mereka dengan VAR. Ini perubahan tren yang kita perlu ikut, kalau tidak kita akan ketinggalan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
betui betui
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup agreed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061417 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list