CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3832|Reply: 16

Baca alquran ke tak? Tolong....

  [Copy link]
Post time 13-3-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

Nak tanya laaaa.....
Ada kwn ni tanya, kalau kita baca surah2 amalan dari mcm buku tu bukan dari alquran, itu kira baca alquran ke tak?

Tolong sattt bagi pencerahan sape2 yg ada jawapan. Jujur ni tak tauuu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
xpasti la kaka
tp kalau ikut logik dia
solat pon dikira baca quran la?
sbb dlm solat baca surah2 tu drpd quran
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita panggil lebih kurang begini lah membaca ayat2 / surah2  pilihan dlm Al quran..bukan ko mengaji Qur'an ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by missycutie at 13-3-2021 08:52 PM

not sure la.

tapi yg aku tahu, surah2 yg kita selalu baca setiap hari tu, boleh dibaca time period dengan niat zikir.

tapi pada pendapat aku, dah alang2, baik baca quran terus. lama2 khatam
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
di kira baca Al-quran le tu ....

surah surah tu kan dari Al-quran kannnn.....ayat Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Wsalamwarahmatullah ledigugu...
Kira dah baca la kan, sebab surah dari Al-quran. Macam muqaddam la kot... boleh rujuk ustaz ustazah yang lebih arif
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambe pung x pasti mane... Ambe rs its a good move laa baca surah2 tu. "Bacalah kamu walaupun sepotong ayat".. tapi tapi...Sebaiknya2 amek wudhu and terus bace Quran. Lebih afdhol...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu pernah dgr ceramah sorg ustaz ni..xingat dah ustaz yg mn..katanya lbh baik baca alquran yg betul buku alquran tu drpd bc kat hp or app alquran kat hp..sbb nanti alquran ni yg akan tolong kita..lbh kurg mcm tu lah...
N klau just bc surah dr buku2 amalan tu..rsnya itu belum dikira baca alquran.. tp nak lg ok..cer try tny pejabat mufti...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 11:56 AM | Show all posts
Ayat Al-Quran ni sebenarnya kata-kata Allah.  Kita tulis dia ke atas kertas jadi kitab...  boleh jadi juga yang hafal semuanya, ada yang hafal sikit-sikit, ada yang tulis satu ayat atas kertas, ada yang tampal satu dua ayat tampal kat dinding.  Kat mana-mana pun dia ditulis atau dihafal, ia tetap ayat Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 10:47 AM | Show all posts
membaca ayat2 alquran dr mana2 sumber pun di anggap membaca alquran...walaupun bukan dr kitab alquran itu sendiri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 06:54 AM | Show all posts
missycutie replied at 13-3-2021 04:49 AM
not sure la.

tapi yg aku tahu, surah2 yg kita selalu baca setiap hari tu, boleh dibaca time perio ...


Apa yang aii pernah dengar dari ceramah Ustaz Syeikh Ali Jaber  - orang perempuan boleh baca AlQuran time uzur. Terutamanya surah Al Mulk yg digalakkan baca setiap malam. Satu lagi baca al Quran tak perlu berwuduk. Ustaz Ali Jabeer juga ckp kita boleh sahaja baca ayat Al Quran dari Ipad, Iphone janji tiap hari kita mulai dgn bacaan Al Quran dan diakhir hari ditutupi dgn bacaan Al Quran.


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 18-5-2021 03:23 AM
DARSITA replied at 3-5-2021 06:54 AM
Apa yang aii pernah dengar dari ceramah Ustaz Syeikh Ali Jaber  - orang perempuan boleh baca AlQ ...


Untuk perempuan yg datang haid, baca Alquran setakat apa yg ada di dalam dada. Kitab Alquran tidak boleh disentuh. Kerana, apa yg diluar dari apa yg ada pada diri sendiri itu, hal yg berbeda. Maksudnya begininya. Diri kita, diberi Hak untuk membaca mana2 ayat Alquran tanpa batasannya. Sedangkan memegang Alquran itu wajib dalam keadaan bersuci (yakni BERSIH). Kalau tangan kotor, Tak boleh pegang Alquran. Kalau diri dalam keadaan Kotor, maka perlu dalam keadaan BERSIH BARU boleh menyentuh kitab Alquran. Kerana, ianya Sunnah para sahabat, yg tidak diingkari oleh baginda Rasullullah s.a.w.

Nak baca menerusi kitab Alquran tanpa wudu? Silakan... Cumanya diri sendiri perlu berada dalam keadaan BERSIH terlebih dahulu sahaja.

Nak lebih khusyuk membaca Alquran menerusi kitab Alquran, ambillah wudu. Trylah kalau nak tahu bezanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 11:18 PM | Show all posts
SenangMaju replied at 17-5-2021 11:17 AM
Untuk perempuan yg datang haid, baca Alquran setakat apa yg ada di dalam dada. Kitab Alquran tid ...


You tau tak kita tidak diWAJIBKAN berwuduk/ambil air sembahyang utk pegang dan baca Al Quran?

Mmg ler tangan yang kotor pegang tanah ke, pegang tepung ke tak boleh pegang Al Quran. Common sense laa. Tadika sangat ke?


Kita boleh baca Al Quran menggunakan Ipad, cellphone .. contoh surah AL Mulk yang disyorkan baca tiap malam. So orang perempuan yang dtg haid boleh guna Ipad, Cellphone sebab bukan semua orang HAFAL surah al mulk.

Okaylah kalau nak lagi jelas dgn ceramah Syeikh Ali Jabeer. Dia terangkan segala galanya dgn JELAS dan NYATA.



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 11:47 PM | Show all posts
Memegang, membaca, membawa al-quran

https://www.muftins.gov.my/v1/en ... a-membawa-al-quran/



Soalan- 1. Hukum memegang dan membaca al-quran bersaiz A3 tanpa wuduk. Niat utk baca tersebut adalah untuk belajar. Jika memegang al-Quran

Jawapan – Tidak harus memegang/menyentuh al-Quran tanpa wuduk.

Firman Allah SWT surah al-Waqiah ayat 79:

لا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Yang bermaksud, tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.

Rasulullah SAW bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تمسَّ القرآنَ إلَّا وأنت طاهرٌ

Yang bermaksud, sabda Rasulullah s.a.w tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang bersuci.

(Fiqh Manhaji Jilid 1 m/s 145)

Harus bagi orang yang tidak berwuduk (hadath kecil) membaca al-quran. Hadith

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرئنا القرآن على كل حال ما لم يكن جنبا

Sunan Tarmizi, لم يكن جنبا باب ما جاء في الرجل يقرأ القرآن على كل حال ما لم

Yang bermaksud, Rasulullah s.a.w membacakan al-quran untuk kita dalam segala keadaan, kecuali di dalam keadaan junub



Soalan- 2. Boleh atau tidak masuk ke tandas dengan membawa al-quran di dalam bag..jika tinggal diluar dikhuatiri bag tersebut dicuri

Jangan membawa tulisan yang tertera nama Allah dan nama-nama-Nya yang lain ke dalam tandas kerana ia tempat yang kotor dan najis.

(Fiqh Manhaji Jilid 1 m/s 105)



Soalan- 3. Perlukah wuduk ketika belajar al-quran dgn mendengar MP3 bacaan ayat sambil tangan membuka al-quran

Jika belajar al-quran dengan mendengar MP3 sahaja, tidak perlu berwuduk, tetapi jika menyentuh al-quran perlu berwuduk. Ini kerana al-Quran yang dirakam atau seumpamanya tidak mengambil hukum seperti mana hukum mashaf al-Quran yang dibaca secara terus.



Soalan- 4. Hukum membaca al-quran sambil baring.

Tiada halangan membaca al-Quran sambil baring.

Firman Allah surah an-Nisak ayat 103:

فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ..

Yang bermaksud, dan berdzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, dan dalam keadaan duduk dan dalam keadaan berbaring

Allah berfirman surah ali-Imran ayat 191:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ …

Yang bermaksud, dan orang orang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri, dan dalam keadaan duduk, dan dalam keadaan berbaring



Soalan- 5. Dimanakah terdapat kelas belajar  al-quran bagi org dewasa

Jabatan ini mengsyorkan pihak tuan mendapatkan maklumat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi bagi kelas belajar al-quran untuk orang dewasa.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 11:49 PM | Show all posts
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-496: BOLEHKAH MEMBACA AL-QURAN DI DALAM TELEFON BIMBIT TANPA BERWUDUK
pautan asal:

https://muftiwp.gov.my/artikel/i ... mbit-tanpa-berwuduk

Dimuatnaik oleh Muhammad Fathi Noordin Diterbitkan: 16 April 2020




Soalan
Assalamualaikum. Saya seorang pegawai perubatan yang menjaga kaunter dibahagian hadapan. Bagi mengelak terkena jangkitan covid-19, kami disuruh untuk yang memakai pakaian PPE. Persoalan saya sewaktu menunggu di kaunter itu saya membaca al-Quran menggunakan hendset saya dan bolehkah saya memmegang henset itu sekiranya tidak mempunyai wuduk. Mohon penjelasan.
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Membaca al-Quran merupakan amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Begitu juga, akan diberi pelbagai ganjaran dan kelebihan bagi sesiapa yang membaca al-Quran sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bi Ka’ab al-Qurazi menyebut, aku mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Sabda Nabi SAW:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ
Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran) maka baginya satu kebaikan.
Riwayat al-Tirmizi (2910)
Selain itu, di antara kelebihan membaca al-Quran ianya boleh memberi syafaat ketika pada hari kiamat kelak. Ini seperti hadis yang diriwayatkan ole Abu Umamah RA bahawa ia mendengar Nabi SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Maksudnya: Bacalah al-Quran, kerana sesunggunhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya
Riwayat Muslim (804)
Membaca al-Quran Tanpa wuduk
Bebalik kepada persoalan yang diajukan di atas, dalam hal membaca al-Quran terdapat adab-adab yang disarankan oleh para fuqaha’ di antaranya adalah membersihkan mulut dengan bersiwak atau selainnya. Begitu juga disunatkan bagi seseorang yang hendak membaca al-Quran itu menyucikan dirinya (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quawaitiyyah, 33/34-35)
Imam Nawawi menyebut, disunatkan membaca al-Quran ketika ia dalam keadaan suci dan sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan ianya berhadas maka diharuskan, dan ini merupakan ijma’ para ulama. Imam Nawawi menukilkan pandangan Imam Haramain menyebut bahawa membaca al-Quran ketika berhadas bukan perkara yang makruh akan tetapi ia meninggalkan perkara yang afdhal. Imam Nawawi menyebut lagi, dan bagi orang yang berjunub (berhadas besar) dan haid maka haram bagi mereka membaca al-Quran. (Lihat al-Tibyan fi Adab Hamilah al-Quran, 1/73; al-Itqan fi Ulum al-Quran, 1/363)
Hal ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali RA menyebut:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ مَا لَمْ يَكُنْ جُنُبًا
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW membacakan kepada kami al-Quran dalam setiap keadaan, melainkan dalam keadaan berjunub
Riwayat al-Tirmizi (146)
Hukum Menyentuh al-Quran Ketika Berhadas
Dalam membincangkan perihal menyentuh al-Quran tanpa bersuci, sebahagian para ulama bersepakat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram melainkan dalam keadaan seseorang itu suci daripada hadas kecil atau besar. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quwaitiyyah, 37/276)
Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Maksudnya: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
(Surah al-Waqiah, 79)
Imam Qurtubi menyebut di dalam kitabnya bahawa para ulama berbeza pendapat dalam hal menyentuh mushaf dalam keadaan tidak berwuduk, jumhur ulama melarang daripada menyentuhnya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Amru bin Hazm RA. Dan ini merupakan pandangan mazhab Saidina Ali RA, Ibnu Masud, Saad bin Abi Waqaz, Said bin Zaid, Ata’, al-Nakhai serta mazhab fuqaha’ daripada Malik dan Syafi’e. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 17/226)
Selain itu, Imam al-Nawawi menyatakan, diharamkan seseorang yang berhadas menyentuh mushaf dan membawanya sama ada membawanya secara tidak langsung atau secara langsung. Imam al-Nawawi menyebutnya lagi, sekiranya ditulis al-Quran pada kayu maka hukumnya adalah seperti hukum mushaf sama ada tulisan itu sedikit atau banyak, sehingga sekiranya sebahagian ayat ditulis untuk belajar maka haram menyentuh kayu atau lembaran yang ditulis tersebut. (Lihat al-Tibyan fi Adab Hamilah al-Quran, 1/192)
Apakan yang dimaksudkan dengan mushaf
Bagi menentukan apakah menyentuh al-Quran yang terdapat di dalam aplikasi telefon bimbit diwajibkan untuk berwuduk atau tidak, maka sebaiknya diperhalusi adakah ia juga dikategorikan sebagai Mushaf atau tidak.
Oleh itu, dalam memahami maksud mushaf Syeikh Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi al-Bantani menyebut:
وَالْمرَاد بالمصحف كل مَا كتب فِيهِ شَيْء من الْقُرْآن بِقصد الدراسة كلوح أَو عَمُود أَو جِدَار
Maksudnya: Dan dimaksudkan dengan Mushaf adalah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada al-Quran dengan tujuan pembelajaran seperti kayu atau tiang atau dinding
(Lihat Nihayah al-Zain, hlm. 32)
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut al-Mushaf adalah nama yang ditulis padanya kalam Allah SWT di antara dua kulit. Dan mushaf adalah apa yang terkandung di dalamnya keseluruhan ayat al-Quran atau apa yang disebut sebagai mushaf secara uruf atau ditulis padanya sedikit ayat al-Quran seperti hizib. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 38/5)
Ini jelas, sifat mushaf itu adalah sesuatu yang ditulis di atasnya ayat al-Quran. Justeru, bagi memahami apa yang dimaksudkan dengan tulisan, Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairimi menyebut di dalam Hasyiahnya, bahawa tulisan (كِتَابَةً) bemaksud yang tertulis di atasnya, iaitu apa yang terdapat padanya tulisan, seperti lembaran dan kain sama ada ditulis padanya dengan menggunakan dakwat atau selainnya, dan begitu juga ukiran berbentuk huruf pada batu, kayu atau pada tanah dipermukaan bumi. Jika sekiranya melukis bentuk huruf di udara atau air maka ia bukanlah sebagai tulisan mengikut pandangan mazhab seperti yang disebut al-Ziadi. (Lihat Hasyiah al-Bujairimi al-Khatib, 3/498)
Justeru, dapat difahamai bahawa al-Quran yang dibuka di dalam telefon pintar tidak termasuk di dalam kategori mushaf seperti mana yang ditakrifkan oleh ulama.
Begitu juga sepertimana yang disebut oleh Syeikh Ali Jumaah mantan mufti Mesir yang lalu, menyatakan bahawa menyentuh telefon bimbit bertujuan untuk membaca al-Quran tanpa berwuduk adalah diharuskan kerana ia bukan mushaf seperti yang disebut oleh para ulama, dan tidak diharuskan menyentuh mushaf yang hakiki melainkan dalam keadaan suci[1]
Selain itu, di dalam Buku Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan Dan Pelupusan Bahan-bahan Penerbitan Dan Perhiasan Yang Mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran menyebut: Bagi menyentuh dan membawa mashaf al-Quran yang lengkap, pengendali hendaklah mempunyai air sembahyang serta tidak berhadas besar kecuali Al-Quran dalam format cakera optik seperti CD, Brail dan paparan skrin telefon bimbit (Lihat, Garis Panduan Pembuatan, Pengendalian, Penjualan Dan Pelupusan Bahan-bahan Penerbitan Dan Perhiasan Yang Mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran JAKIM, hlm. 7)
Kesimpulan
Berbalik kepada persoalan di atas dan penelitian perbahasan yang diberikan, dapat kami simpulkan bahawa harus membaca al-Quran melalui telefon bimbit tanpa berwuduk, ini kerana aplikasi al-Quran tidak boleh dihukum sebagai mushaf al-Quran kerana ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang, bahkan tidak kekal, berbeza seperti yang ditakrifkan oleh para ulama dengan mushaf al-Quran yang hakiki.
Namun, sebaiknya disunatkan untuk berwuduk ketika membaca al-Quran serta menjaga adab-adab ketika membaca al-Quran sepertimana yang digariskan oleh para ulama seperti menutup aurat, mengadap kiblat dan membersihkat mulut.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 18-5-2021 11:18 PM
You tau tak kita tidak diWAJIBKAN berwuduk/ambil air sembahyang utk pegang dan baca Al Quran?

...

Sebenarnya, adab memegang sesuatu benda yg bersangkutan tulisan bahasa Arab sekalipun hp, tetap perlu diri dalam keadaan bersuci (BERSIH).

Contoh, Kita makan nasi berserta lauk, tangan Tak basuh, terus pegang hp? Perlu bersihkan dahulu atau tidak?

Makanya, asbab hulnuzul, jika diri seseorang TIDAK SUCI, maka, WAJIB dalam keadaan suci SEBELUM menyentuh sesuatu yg sifatnya suci.

Contoh2nya, jika bawak hp masuk jamban, perlu on Alquran digital sambil berak gitu sambil membacanya? Ataupun Kita nak baca sebahagian kecil dari Alquran (bacaan didalam dada Basmallah itu sebahagian) langsung memulakan cara berak dijamban yg DIBENARKAN? Nak baca di dalam dada surah AlFatihah di dalam jamban? SILAKAN, tapi di baca oleh diri di dalam dada TANPA SUARA! Kerana, tempat yg namanya Jamban itu tempat yg tidak suci, sedangkan hati itu berusaha menyuci hati.

Jelas atau tidak?

Sama halnya perkara asas yg disebutkan diatas, bilamana seseorang itu TIDAK BERSUCI, maka TIDAK DIPERBOLEHKAN dalam apa jua cara untuk mengaibkan kesucian tulisan Arab yg dimaksudkan Alquran. Jika diri tidak suci kerana datangnya haid, bacalah Alquran tanpa menyentuh kitab berkenaan. Contoh2nya, seorang ustazah, datang haid nak ajar Alquran. Panggillah Anak murid tolong buka helaian kitab Alquran dengan cara TANPA MENYENTUHNYA. Sama juga kalau hp nak sangat baca Alquran guna aplikasi, jgn sentuh hp sewaktu program file Alquran berlangsung kerana ianya menghilangkan barokah atas ketidak-sucian diri.

Ada masaalah lain? Sekian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Seandainya, anak murid wanita, kedatangan haid sewaktu membaca Alquran, makanya, ikutlah adab2 dengan tidak menyentuh kitab Alquran sahaja. Makanya, DIPERBOLEHKAN untuk melihat, akan tetapi TIDAK BOLEH DISENTUH AKAN ALQURAN ITU SAHAJA. Kalau hp, run aja aplikasi Alquran, boleh sentuh jika suci. Jika tetiba datang haid, terus tutup aplikasi Alquran berkenaan. Istighfar kepada Allah s.w.t, moga2 diampuni-Nya.

Nak khusyuk baca Alquran, diri sendiri perlu suci luar Dan dalam SERTA dalam keadaan berwudu'.

Rasanya cukup untuk penjelasan. Saya akan terus ke TT yg penting sahaja. Wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.094011 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list