|
Tanpa sijil kelahiran, pastinya segala urusan anak-anak ini akan menjadi sukar.
Namun, penantian itu akhirnya berakhir apabila empat kanak-kanak itu menerima sijil kelahiran mereka.
Malah, bukan sekejap, sebaliknya ibu tunggal dikenali sebagai Halimah Ahamad, 46, itu sudah menunggu hampir satu dekad.
Menetap di Kampung Petai Dusun, Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan, empat anaknya baru-baru ini menerima sijil kelahiran mereka.
Ujarnya, dia sebelum ini gagal berbuat demikian kerana faktor kemiskinan.
Foto: Sinar Harian
Menurut Halimah, dia dan suami berkahwin di Thailand dan mempunyai 10 orang anak dan lima darinya sudah mempunyai dokumen sijil kelahiran.
"Seorang meninggal dunia ketika usia lima tahun manakala empat lagi tidak mempunyai dokumen sijil kelahiran dan menyukarkan mereka untuk mendaftar persekolahan," katanya.
Wanita itu juga mengakui kesilapannya yang mengabaikan perkara tersebut kerana statusnya, masalah kabur penglihatan tinggal dan lebih menyukarkan kerana tinggal di pedalaman.
Bagaimanapun, Halimah berkata, dia nekad memperjuangkan hak anak-anak dan memberanikan diri ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran untuk membuat aduan mengenai masalah berkenaan.
Kini, kata Halimah dia bersyukur kerana keprihatinan pihak JPN menyelesaikan masalah anak-anaknya.
"Saya sangat terharu apabila JPN memudahkan segala urusan kami sehingga sanggup datang ke rumah berulang kali membantu merealisasikan impian anak-anak.
"Terima kasih JPN kerana bantu kami," katanya.
Anak-anak Halimah iaitu Che Nor Shafikah Che Amat Mudi, 10, Che Mohammad Adam, 8, Che Nor Amiera, 6, dan Che Nur Alisha, 4, menerima dokumen sijil kelahiran mereka yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh.
Turut hadir ialah Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil JPN, Datin Nazirah Abd Hamid. -CARI
Sumber: Sinar Harian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|