View: 5071|Reply: 43
|
[Tempatan]
Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat. #2, Jual-beli di la
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 16-3-2021 06:30 AM
Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat
https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... n-di-lampu-isyarat/
Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
15 Mac 2021, 7:51 pm
Gambar hiasan.
PASIR GUDANG – Pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu merupakan satu kesalahan kerana cara itu bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
“Menerusi Ops Kesedaran, Polis Johor telah mengenal pasti sebanyak 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di lampu isyarat seluruh Johor.
“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi juga pembeli yang mana mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising yang diadakan di Taman Kota Masai, di sini hari ini.
Antara lokasi yang dikenal pasti termasuklah di lampu isyarat pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.
Tambah beliau, peniaga khususnya dinasihatkan agar mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut lunas peruntukan undang-undang negara.
“Nasihat saya, carilah kaedah atau lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjalankan perniagaan dan jangan sampai membahayakan,” ujarnya.
Ayob Khan bagaimanapun memberitahu setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jual-beli di lampu isyarat boleh disaman
https://www.utusan.com.my/nasion ... arat-boleh-disaman/
Oleh KHAIRUL MOHD ALI
15 Mac 2021, 7:56 pm
AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
PASIR GUDANG: Bukan sahaja penjual tetapi pembeli juga berdepan saman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah membeli dan menjual produk di persekitaran lampu isyarat.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu adalah satu kesalahan kerana ia bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya.
Menurut beliau, sehubungan itu pihaknya menasihati peniaga agar mencari lokasi perniagaan lebih bersesuaian manakala pembeli jangan merisikokan diri membeli produk dijual di persimpangan lampu isyarat.
“Menerusi Ops Kesedaran, polis Johor mengenalpasti ada 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat di seluruh Johor.
“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi pembeli juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising di Taman Kota Masai di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusof.
Antara lokasi `perniagaan’ dikenal pasti di negeri ini termasuklah di lampu isyarat pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.
Tambah beliau, peniaga dinasihatkan mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut undang-undang negara.
Ayob Khan bagaimanapun memberitahu, setakat ini pihaknya belum menerima laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.
Aktiviti jualan di persimpangan lampu isyarat semakin popular bukan sahaja di Johor malah di Lembah Klang.
Antara yang banyak dijual di persimpangan lampu isyarat ialah mangga asam boi dan pelbagai jenis minuman. – UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...makin hebat denda sekarang.dah takde rate ratus .main riban2 terus.caya laaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Penah beli sekali je dulu2 tp tak suka la sbb manis iols suka makan pelam tu wat cicah colek je.
Bila wat jeruk jd manis sbb pelam epal kan tak masam.
So maaflaa ye kepada penjual jeruk kami tak bawak cash berpuluh ribu sehari semata2 nak kena saman jaaa
Saman tak patuh sop pun dah cukup menggerunkan. |
|
|
|
|
|
|
|
ksian la
org tkde duit
watpe nk denda2
ish ish ish |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm kesian. Tu je boleh cakap |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak jual kepada orang lalu lalang di kaki lima? atau mana2 yang selain daripada simpang lampu isyarat? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah beli.. rasa was was kebersihan.. sekali yg jual pati pki mask |
|
|
|
|
|
|
|
PEPPERMAN replied at 15-3-2021 09:47 PM
kenapa tak jual kepada orang lalu lalang di kaki lima? atau mana2 yang selain daripada simpang lampu ...
Sbb xboleh ketuk rm10 sebalang dan xde elemen kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah menganggu lalu lintas..tp nape tak saman penjual jua...kdg2 depa jln jln time lampu merah sampai motor nk terlanggar. If kt traffic lite area shah alam kebykan warga asing yg jual jeruk dan makanan....bila berckp mmg indon or bangla etc. Nk beli pun was was |
|
|
|
|
|
|
|
Kesalahan ni patut didenda RM10,000
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo kat traffic light tu jula tau foo fa gula merah mungkin aku beli |
|
|
|
|
|
|
|
PEPPERMAN replied at 15-3-2021 09:47 PM
kenapa tak jual kepada orang lalu lalang di kaki lima? atau mana2 yang selain daripada simpang lampu ...
Betul...byk lg cara dan tempat yg x mengundang bahaya...i awal2 dulu pun ada beli jeruk tu sbb kesian tp skrg ni makin ramai dan makin byk mende di jual...so mmg xleh support ni... atas jln bkn tempat jual beli |
|
|
|
|
|
|
|
sale diorang ni bole cecah 1k sehari.
hati mana tak sakit... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni mmg patut lah, membahayakan keselamatan diri dan org lain. Siap ada gang2 lagi jaga tempat itu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
kat area rumah aku ni dah kena conquered by pati pun... hahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
betul...
jangan bagi sedekah pada peminta sedekah bagaikan salesman kejar target sales harian sesuka hati kat traffic light..
kena saman rm2000 naya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati-Hati, Pembeli Boleh Didenda RM2000 Jika Beli Jualan Di Lampu Isyarat
Bukan sahaja penjual tetapi pembeli juga berdepan saman sehingga RM2,000 jika didapati bersalah membeli dan menjual produk di persekitaran lampu isyarat.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti perniagaan itu adalah satu kesalahan kerana ia bukan sahaja membahayakan penjual, tetapi juga pengguna jalan raya.
Menurut beliau, sehubungan itu pihaknya menasihati peniaga agar mencari lokasi perniagaan lebih bersesuaian manakala pembeli jangan merisikokan diri membeli produk dijual di persimpangan lampu isyarat.
Foto: Kosmo
“Menerusi Ops Kesedaran, polis Johor mengenalpasti ada 52 lokasi yang menjadi tumpuan aktiviti perniagaan di persimpangan lampu isyarat di seluruh Johor.
“Mengikut peruntukan undang-undang, bukan sahaja penjual boleh dikenakan tindakan tetapi pembeli juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising di Taman Kota Masai di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah JAS Johor, Dr. Famey Yusof.
Antara lokasi `perniagaan’ dikenal pasti di negeri ini termasuklah di lampu isyarat pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, lampu isyarat Kempas Baru-Pasir Gudang, lampu isyarat Taman Cempaka dan lampu isyarat Jalan Kulai-Kota Tinggi.
Tambah beliau, peniaga dinasihatkan mencari kaedah jualan lain yang bukan sahaja lebih selamat tetapi mengikut undang-undang negara.
Ayob Khan bagaimanapun memberitahu, setakat ini pihaknya belum menerima laporan terdapat mana-mana insiden kemalangan melibatkan aktiviti perniagaan di lampu isyarat.
Aktiviti jualan di persimpangan lampu isyarat semakin popular bukan sahaja di Johor malah di Lembah Klang.
Antara yang banyak dijual di persimpangan lampu isyarat ialah mangga asam boi dan pelbagai jenis minuman. –CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Baik,saya akan hati2 mulai hari ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok pun. Now di mana-mana dah ada, macam sindiket pun ya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|