View: 2668|Reply: 18
|
Polis saman polis di IPK Kedah
[Copy link]
|
|
Polis saman polis di IPK Kedah
https://www.malaysiakini.com/news/566656
Faisal Asyraf
Diterbitkan 15 Mar 2021, 2:31 pm
Dikemaskini 2:31 pm
Anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pagi ini menerima 'kejutan' daripada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah yang membuat pemeriksaan di pintu masuk IPK itu.
Menurut laman Facebook Polis Kedah, antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan.
Beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam telah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Kedah, Hasanuddin Hassan berkata, operasi itu sebagai memberi peringatan kepada anak buahnya bahawa mereka juga mesti mematuhi undang-undang.
"Dari semasa ke semasa kita periksa. Bukan nak cari kesalahan, tapi untuk menentukan pegawai juga perlu mengikut undang-undang seperti mana orang lain juga.
"Kalau motor tu, undang-undang kata kena ada cermin sisi, jadi mesti ada cermin sisi. Dia (anggota polis) terikat dengan undang-undang.
"Kita penguat kuasa, kita hendaklah satu langkah di hadapan orang awam, maksudnya kita kena patuh pada undang-undang," katanya.
Hasanuddin, yang pernah menjadi ketua polis Kelantan sebelum berpindah ke Kedah tahun lalu, mengatakan bahawa dia telah melakukan operasi serupa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la!
Aku br tau jiran kat dpn umah mak aku, xpernah ada lesen moto sampai la dia pencen wajib polis
Selama ni kat mana2 roadblock, pakai the power of hand aje, just angkat tgn, settled! |
|
|
|
|
|
|
|
Macam wayang je.. |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 15-3-2021 10:35 PM
Bagus la!
Aku br tau jiran kat dpn umah mak aku, xpernah ada lesen moto sampai la dia pencen wajib ...
Rasa polis x perlu lesen mcm marhaen
Diorg ade driving lesen khas
Pencen nanti kena convert ke lesen mcm kita2 jer
I mcm penah dgr org cerita.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus.....
yg aku dgr, polis org sabah dia tegas.....dia tak kira kau polis ke tak, tak de lesen dia saman.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Ubahsuai Bunyi Dan Nombor Pendaftaran Fancy- Polis Pun Kena Saman Di Pintu Masuk
Alor Setar: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk IPK Kedah hari ini.
Operasi Khas Bunyi Bising & Ubahsuai selama satu jam bermula 7.30 pagi itu dilakukan membabitkan pemeriksaan dokumen sulit, kenderaan dan pas keselamatan.
Operasi disertai dua pegawai dan enam anggota JSPT IPK Kedah, tiga pegawai dan tujuh anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan dua pegawai serta seorang anggota JIPS IPK.
Foto: Harian Metro
Dalam operasi itu, JSPT melakukan pemeriksaan terhadap 128 kenderaan dan 116 motosikal manakala Cawangan Khas memeriksa 160 kenderaan dan 99 motosikal.
Manakala JIPS IPK pula melakukan pemeriksaan terhadap 22 orang.
Selain itu, beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam IPK Kedah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanudin Hassan berkata, pemeriksaan dilakukan untuk memastikan anggota dan pegawainya di IPK Kedah mematuhi peraturan.
Beliau berkata, pemeriksaan itu kerap dilakukan dan ia dilakukan secara berkala.
"Tumpuan pemeriksaan terhadap kenderaan yang memasuki IPK yang melakukan kesalahan ubahsuai bunyi dan nombor pendaftaran fancy.
"Tindakan tetap diambil sekiranya ada anggota dan pegawai kita didapati melakukan kesalahan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sembang kari jer ni...
sedangkan saman orang awam pun dulu ada sindiket diskaun murah, orang dalam yg ejas pastu makan komisyen..
apatah lagi saman polis sama polis |
|
|
|
|
|
|
|
kat selangor xde ke.....kat belakang rumah aku ni...dorg bnyk berkumpul kat jalan...bising yang amat....pagi petang siang malam... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm lesen tentera ke?...tak silap aku mcm ada
tapi pakcik aku tu ada lesen kereta kebal....tapi mcm ko ckp tu aku pernah dengar la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang la saman,tapi bayar tak sama dengan marhaen.jangan pikir rakyat semua vongok. |
|
|
|
|
|
|
|
kan..ala2 drama slot akasia ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni mmg ada kan..aku tau pn akak ni laki dia polis. Diorg mmg buat kat kuarters semua. Diorg tgk lesen, kete semua. Awl2 pagi sblum p kerja diorg dah tggu depan pagar. |
|
|
|
|
|
|
|
Uuuuuuu malunya. {:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha.. Kenderaan pon ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|