|
Pasti ramai peminat tegar Misha Omar terubat rindu melihat persembahannya pada acara penutup Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL-35).
Kredit foto: IG Akim
Bergandingan dengan Akim & The Majistret, Misha menyampaikan lagu hits masing-masing iaitu Sampai Bila dan Potret versi mash-up yang cukup mantap.
Di Instagram, Misha atau lebih mesra dipanggil Kak Mitch berterima kasih kepada TV3 kerana mengundangnya untuk membuat persembahan di majlis anugerah berprestij itu.
Kredit foto: IG Misha
Katanya, pengalaman bekerjasama dengan Akim adalah peluang yang di nanti-nantikan selama ini.
Misha juga mendedahkan, Akim seorang penyanyi berbakat besar lagi-lagi dalam menjiwai sesebuah lagu.
Kredit foto: IG Misha
Selain kagum dalam bidang muzik, Misha menganggap Akim seorang suami dan bapa yang penyayang kerana setiap masa bersama, Akim tak putus-putus menyebut nama isterinya, Stacy.
Kredit foto: IG Stacy
Kredit foto: IG Misha
Di ruangan komen, terlihat Akim dan Stacy mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu.
Sumber: Murai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|