View: 8890|Reply: 72
|
Bront Palarae Dah 'Mendunia', Berlakon Filem Antarabangsa
[Copy link]
|
|
Peluang bekerja di bawah pengarah, Michael Haussman dalam filem antarabangsa berjudul Edge of the World umpama mimpi menjadi kenyataan buat Bront Palarae.
Filem berkenaan mula ditayangkan untuk pasaran United Kingdom bermula 21 Jun ini.
Foto: IG
Bront ketika dihubungi berkata, dia dan Haussman cukup serasi sepanjang penggambaran yang berlangsung di Sarawak selama dua bulan bermula Oktober hingga Disember 2019.
Haussman yang juga pengarah dari Amerika Syarikat sinonim dengan penghasilan filem pendek dan muzik video penyanyi popular dunia.
Dia pernah menghasilkan muzik video penyanyi popular seperti Madonna, Richard Marx, Kanye West, Justin Timberlake, Jennifer Lopez, Selena Gomez, Britney Spears, Eric Clapton, Paula Abdul dan ramai lagi.
Haussman juga pernah memenangi enam anugerah di MTV Video Music Awards.
Bront berkata, dalam filem berkenaan dia membawa watak sebagai Pangeran Mahkota.
"Alhamdulillah, kerjasama dengannya begitu mudah. Ketika menuntut dalam bidang filem dulu, saya banyak mengikuti hasil kerjanya sama ada iklan atau video muzik.
"Jadi, peluang untuk berlakon di bawah arahannya ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Apa yang lebih menarik adalah keserasian kami dalam bekerjasama sepanjang penggambaran berlangsung," katanya kepada Harian Metro.
Filem itu mengisahkan mengenai perjalanan Sir James Brooke ketika datang ke Bumi Kenyalang itu.
Selain Bront, filem itu juga turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Dominic Monaghan, Jonathan Rhys Myers, Josie Ho beberapa pelakon Malaysia antaranya Shaheizy Sam dan Wan Hanafi Su. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hebat2 Pelakonnye
Not bad la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Bront !
Yang lelain tu try lah sebarkan bakat kat luar. Hantarlah vid audition byk2 , mana tau rezeki sangkut. Sayang, ramai berbakat hebat tapi tak kemana. |
|
|
|
|
|
|
|
oh, sebab omputih ni dtg buat shooting kat malaysia, tu yg dpt berlakon citer omputih tu..kurang sikit la rasa kagum tu..ingatkan dipanggil ke negara omputih sana...ni ala2 Deanna Yusof dulu asyik dok mention berlakon citer Hollywood..pdhal Anna n The King tu shooting kat malaysia..mmg la byk amik pelakon malaysia..pastu xde nyer diorg (Hollywood) panggil DY gi berlakon filem2 lain lepas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru betul2 berbakat diangkat dan dipopularkan
Good job bam bront always admired your talent
Dah2 lamelight bakat yang kehausan...mari2 sini pakat komen cover pasal kerjaya bukan gosip semata |
|
|
|
|
|
|
|
haaaa ini baru dinamakan artis selebriti
bkn tibaiunta |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 19-3-2021 01:21 PM
btw, harap2 lepas ni jgn pulak Bront fefeeling retis gred A+++ pulak sbb dpt berlakon citer omputih. ...
Ai setujukkk. Camtu sam dgn wan hanafi su pun hebatlah kalau betul featured dlm holiwud movie
Pernah terserempak dgn heols kat luar, aiol kerling je heols
Xde aura punnnn |
|
|
|
|
|
|
|
ini baru di namakan artist berprestij tinggi.. well done for not taking shit from anybody |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah bront
tp muka dia mcm xsesuai je watak raja melayu sb muka dia tak melayu mana pun |
|
|
|
|
|
|
|
ko tengok ni remilah? tak payah pon nak berdrama dapat offer lah kena tolak tawaran lah kena seksi lah isu tuntutan agama bagai tehtapp boleh mendunia? kau pulak tetap lah sendu di bucu katil? |
|
|
|
|
|
|
|
habis forumer shalom pertikai fakta sejarah bekait filem ni nnti
|
|
|
|
|
|
|
|
well done
i hope mesej tersurat tresirat yg disampaikan menepati perjalanan sejarah dari kacamata yg adil dari perspektif pribumi dijajah dan penjajah.
tahianh kepada beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Bront study pasal pilem dulu kat mana ye?
Dulu2 dia berlakon dlm pilem Mamat Khalid dlm cite Man laksa jd pemain muzik atas pentas tu.
Pastu pestime tgk dia berlakon kt drama tv cite yg konon dia ni hanyut kat laut sbb tsunami ke apatah berlakon ngn arwah Ary malik kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Good job Bront! Tahniah. Yang dok canang xkagum, bawak watak bodoh tu, well, he has to start somewhere kan? This the beginning untuk heols melangkah jauh lagi. A-listers Hollywood pon start somewhere. Kalau la sesenang mcm acik forumer ckp tu, dah A-listers semua orang. Tony Jaa, Iko Uwais, Joe Taslim pon start somewhere. Acik forumer bodoh asyik tahu mengecam je khueen. A bit of appreciation tak salah kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|