CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1257|Reply: 1

Khabib Tayang Limosin Mewah

[Copy link]
Post time 19-3-2021 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 22-3-2021 10:16 AM


Khabib mencuba tempat duduk kereta baharunya. FOTO Agensi


Harian Metro

Moscow: Khabib Nurmagomedov mempamerkan limosin mewah miliknya semalam.

Juara lightweight UFC dari Russia itu menikmati masa berharga jauh dari oktagon walaupun spekulasi mengenai masa depannya dalam sukan itu masih berterusan.

Tetapi Khabib menjadikan persaraannya tampak lebih selesa berbanding sebelum ini ketika memeriksa kereta mewah miliknya itu.

Bercakap di Instagram, dia berkata: "Terima kasih semua kerja yang bagus. Kini trafik sesak di Moscow menjadi lebih selesa dengan kereta saya.''

Seorang pengikutnya membalas dengan berkata: "Adakah dia membelinya.''

Manakala yang lain menambah: "Anda tak boleh larang hidup dengan gaya menarik.''

Raja lightweight itu bersara daripada sukan tempur pada Oktober lalu selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254 dan mengumumkan persaraan selepas itu bagi menunaikan janji kepada ibunya.

Presiden UFC, Dana White pula tidak pernah jemu menggunakan kuasanya untuk memujuk jaguh Russia itu kembali bertarung buat kali terakhir tetapi setakat ini usaha gigihnya itu masih sia-sia.

Bulan lalu, petarung lightweight, Kevin Lee menggesa White jangan ganggu Khabib dan membiarkan dia menggantung sarung tinjunya.

Menurutnya kepada MMA Junkie: "Saya fikir mereka (UFC) perlu memandang ke depan dan biarkan dia bersara dan menikmati kehidupannya.

"Biarkan minda Khabib bebas dari sukan ini dan biarkan sukan ini merindui dia seketika.'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 03:02 PM | Show all posts
tumbuk org pun boleh jd kaya

betapa indahnya dunia ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.318636 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list