Seorang ibu ditahan polis kerana menuangkan petrol ke dalam mulut anaknya sebelum membakarnya.
Kejadian itu menyebabkan anaknya yang berusia lapan tahun itu meninggal dunia di hospital di Kursk, Rusia selepas melecur sebanyak 45 peratus.
7news.au.com melaporkan Anastasia Baulina, 31, yang bekerja sebagai juruwang berang kerana mangsa memberitahu bapa tirinya bahawa ibunya berjumpa bekas kekasih.
Kredit foto: VK.com
Dia dikatakan bertengkar dengan Andrey dan membawanya ke halaman rumah, menyiramnya dengan bahan bakar sebelum membakarnya.
Satu laporan menyebut, dia menuangkan bahan bakar itu ke dalam mulut Andrey yang sedang ketakutan.
Dia menyalakan pemetik api dan memberitahu anaknya 'mari kita lihat bagaimana ia akan terbakar.'
Seorang lagi anaknya, Natasha, 12, berkata, minyak itu mengalir ke dalam mulut adiknya ketika dia sedang menangis.
Dia menangis ketakutan manakala ibu dan bapa tirinya Pavel Baulin bersama seorang pekerja ladang bertungkus-lumus memadamkan api dan menghubungi ambulans.
Andrey bersama kakaknya (kiri) dan bapa tiri (kanan)
Keadaan Andrey bagaimanapun parah dan dia meninggal dunia dua hari kemudian kerana kesan lecur yang teruk.
Polis membuka kertas siasatan pembunuhan itu dan Anastasi yang berasal dari Zheleznogorsk itu berdepan hukuman 20 tahun penjara jika didapati bersalah.
Sumber: Harian Metro |