Edited by berun at 22-3-2021 12:38 PM
Untuk berabad lamanya, keluarga diraja biasanya dikaitkan dengan kehidupan mewah, kemahsyuran dan kekayaan yang diwariskan turun-temurun. Mereka sama ada dilihat sebagai tersangat istimewa dan/atau dikritik kerana membelanjakan wang pembayar cukai untuk hidup.
Namun, tak semua yang terpalit dengan hakikat ini kerana terdapat ramai kerabat diraja yang mengambil keputusan untuk mengubah persepsi yang ada terhadap gaya hidup agung dan memilih untuk membina karier yang melampaui identiti diraja mereka.
iluminasi.com kongsikan 9 kerabat diraja yang mempunyai pekerjaan biasa-biasa.
1. Puteri Beatrice (Britain) – Naib Presiden syarikat perisian
Puteri Beatrice adalah salah seorang keluarga diraja yang paling kerap diperbualkan sejak kebelakangan ini.
Selepas perkahwinannya pada 17 Julai 2020, beliau menjadi tumpuan orang ramai.
Namun apa yang orang tidak tahu tentang Puteri Beatrice adalah beliau merupakan Naib Presiden syarikat perisian yang dikenali sebagai ‘Afiniti yang berpangkalan di Hamilton, Bermuda.
Sebelum memegang jawatan Naib Presiden, Puteri Beatrice juga bekerja sebagai penganalisis Sony Pictures Entertainment Inc. sehingga tahun 2015.
2. Puteri Eugenie (Britain) – Pengarah seni
Setelah memperoleh ijazah dalam sastera Inggeris, sejarah seni, dan politik pada tahun 2012, Puteri Eugenie dari York mula bekerja untuk rumah lelong Paddle8 di New York City.
Selepas itu, beliau berpindah kembali ke London dan bekerja sebagai pengarah bersekutu di galeri seni Hauser & Wirth.
Kemudian pada tahun 2017, Puteri Eugenie dinaikkan pangkat sebagai pengarah seni.
3. Putera Philippos (Greece dan Denmark) – Pengurus Dana Lindung Nilai
Putera Phillippos dari Greece dan Denmark adalah anak bongsu Raja Constantine II dari Greece dan Anne-Marie dari Denmark. Dia kini berada di kedudukan kelapan sebagai pewaris takhta Greece.
Setelah menjadi sebahagian daripada Universiti Georgetown yang berprestij di Washington DC, Putera Phillippos bergelar seorang pakar dalam bidang kewangan.
Sejak tahun 2014, beliau bekerja sebagai penganalisis dan pengurus dana lindung nilai di kumpulan pelaburan alternatif, yang dikenali sebagai Ortelius Capital.
4. Puteri Maria-Olympia (Greece dan Denmark) – Model dan sosialit
Princess Maria-Olympia of Greece dan Denmark adalah anak sulung dan satu-satunya anak perempuan Pavlos, Putera Mahkota Greece dan isterinya, Marie-Chantal Miller.
Beliau merupakan seorang model dan sosialita Amerika yang berpengalaman di mana perjalanan dalam industri fesyen beliau bermula seawal usia 17 tahun.
Ikon gaya ini juga pernah memperagakan pakaian bagi Dolce & Gabbana di Milan Fashion Week dan menjalani gaya hidup mewah mengikut kemampuannya sendiri.
5. Putera Joachim (Denmark) – Petani
Putera Joachim dari Denmark, Count of Monpezat, adalah anak lelaki Ratu Margrethe II dan Putera Henrik.
Oleh kerana beliau berada di kedudukan yang agak bawah sebagai pewaris takhta dan tidak mempunyai “beban” untuk mengambil alih takhta, Putera Joachim mempunyai banyak masa untuk mengejar minatnya dan mendapatkan pekerjaan yang agak biasa.
Sebelum memulakan kerjaya ketenteraan, Putera Joachim bekerja di sebuah ladang dan belajar ekonomi pertanian.
Kemudian, beliau meneruskan karier ketenteraan yang akhirnya menjadikan Putera Joachim sebagai leftenan kolonel pada tahun 2012.
Meskipun mempunyai latar belakang ketenteraan, minat beliau dalam pertanian tidak pernah luntur.
Menurut laman sesawang kerabat dirajanya, Putera Joachim memiliki dan menjalankan “operasi pertanian dan perhutanan,” yang sebahagian besarnya berpusat pada pertanian industri.
6. Puteri Sirivannavari Nariratana (Thailand) – Pereka fesyen
Puteri Sirivannavari adalah satu-satunya anak perempuan Raja Vajiralongkorn dari Thailand dan bekas permaisurinya, Sujarinee Vivacharawongse.
Selain menjadi sebahagian daripada keluarga diraja, beliau juga adalah seorang pereka fesyen yang berjaya dan memiliki satu jenama fesyen sendiri yang diberi nama ‘Sirivannavari’.itu.
7. Prince Nazım Ziyaeddin Nazım Osmanoğlu (Turki) – Pelawak komediri
Pastinya ramai yang berpandangan bahawa adalah sesuatu yang pelik bagi seorang putera raja untuk menjadikan pelawak sebagai kerjaya, namun Putera Nazım Ziyaeddin Nazım Osmanoğlu dari Imperial House of Osman tidak berfikiran sedemikian.
Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di United Kingdom, beliau yang lebih dikenali sebagai Putera Naz Osmanoglu berada di tempat ke-17 sebagai pewaris takhta.
Komedi beliau berkisarkan tentang keturunan kerajaannya hinggalah ke raja Inggeris. Salah satu pertunjukan solonya yang terkenal diberi nama “Uthmaniyyah tanpa Empayar”.
8. Putera Nikolai (Denmark) – Model
Seperti bapanya, Putera Joachim dari Denmark, Putera Nikolai mengorak langkah yang berbeza untuk dirinya daripada kerabat diraja biasa.
Menurut Evening Standard, Putera Nikolai menandatangani kontrak dengan agensi pemodelan pada tahun 2018 dan sejak itu, beliau mencipta nama dengan begitu pantas dalam industri ini.
Tidak lama selepas menceburkan diri dalam bidang ini, Putera Nikolai menarik perhatian Dior dan sejak itu bekerja secara tetap untuk jenama mewah itu.
9. Puteri Michael (Britain, German, Austria dan Hungary)
Dilahirkan sebagai anak kepada Baron Günther von Reibnitz dan Countess Maria Szapáry von Muraszombath, Putri Michael dari Kent tergolong dalam golongan bangsawan Hungary dan Jerman.
Setelah berkahwin dengan Putera Michael dari Kent, dia menjadi sebahagian daripada Keluarga Diraja Britain.
Namun, selain daripada hubungan keluarga diraja beliau, Puteri Michael juga merupakan seorang penulis biografi dan pengarang.
Menurut laman web beliau, Puteri Michael telah mengeluarkan tujuh buku, termasuk tiga karya nonfiksyen sejarah dan “The Anjou Trilogy”, sebuah siri fiksyen.
Rujukan:
|