CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3462|Reply: 30

[Tempatan] Budak 5 tahun maut dilanggar ketika berbasikal

[Copy link]
Post time 22-3-2021 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Budak 5 tahun maut dilanggar ketika berbasikal

Nur Izzati Mohamad - Mac 21, 2021 @ 4:28pm[email protected]


Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dilanggar ketika berbasikal di Kampung Tok Sani, Butterworth




BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika berbasikal di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Mohamad Aqil Aimar Ismail, disahkan meninggal dunia selepas lebih satu jam mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata siasatan polis mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu wanita berusia 32 tahun dalam perjalanan keluar untuk melawat anaknya di Madrasah Gelugor, Bagan Lalang.

"Wanita yang tinggal berdekatan kediaman mangsa mahu keluar untuk menziarahi anaknya namun ketika dia membelok ke kiri selepas halaman rumahnya, secara tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman kuat lalu memberhentikan kenderaannya.

"Dia kemudian keluar memeriksa sebelum mendapati dia terlanggar seorang kanak-kanak lelaki yang menunggang basikal dari arah kiri jalan tar di hadapan halaman rumahnya," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita itu kemudian terus membawa kanak-kanak berkenaan ke unit kecemasan HSJ untuk rawatan.
"Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.05 petang akibat kecederaan parah di kepala.

"Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih peka dan mengawal anak-anak ketika berbasikal bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 01:01 AM | Show all posts
Inilah situasi yang aku paling risau.. kat lorong masuk ke rumah aku, petang2 ramai sangat budak2 dok main basikal, main lari2 kat atas jalan & tepi jalan. Kadang tu, main lari je keluar ke tengah jalan bila ada yg mengejar tanpa menoleh kiri kanan..

Innalillah untuk anak ni.. dah sebaya anak aku..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...

mcm mana boleh tak perasan ada budak naik basikal
tengok simpang pun takdalah menda2 yg menghalang penglihatan
klu kat rumah aku ni ye penuh tanam pokok2 sampai nak keluar simpang pun tak nampak jelas




Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasang dashcam. Pasang dashcam. Tu je nak pesan zaman skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
5 tahun kecik kot lg dibiar main sorang2 kt jln laluan kenderaan lalu lalang. dpn rumah sklipun ttap la dilaluan knderaan bleh lalu yg mna klau mngsa xbrada dkdudukan blind spot sklipun ttap la ssah nk nmpak ade bdk kecik kt laluan lg2 yg melanggar pkai suv.
takziah. semoga jd peringatan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cap_ayam at 22-3-2021 04:04 AM

blind spot?

pemandu kena extra peka. Petang2 waktu budak main. Umur 5 tahun masih perlu pengawasan orang dewasa lebih2 lagi main depan rumah dan di jalan raya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 04:04 AM | Show all posts
blindspot la tu nak2 pakai kereta tinggi...
ingat lagi yang orang kata 4WD bawak laju... rupanya keta tu bawak slow jer... tapi budak2 paham2 ler deorang pun bukan tahu apa, tiba2 keluar dari rumah lintas depan keta, mak bapak budak tu la yang salah. ko biar anak ko main kat luar tak pantau dah kenapa... kalau besar umur 12 tu ok lagi... ni 5 tahun sah2 basikal pun kecik tak nampak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tengok lokasi kejadian dan keadaan jln....orang yg bawa kereta x sesuai bawa laju2...dan kena bawa hati2 sebab ni kawasan perumahan. Bukan jalan utama ni...bawa 20km/j ke bawah yg sesuai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Igt lg masa baru2 dapat lesen dl, naik kete dgn kwn2 sebaya yg baru abis spm
Kete tgh jln ni, mmg slow pun dah kaw perumahan
Tiba2 ada  budak naik beskal kat depan
Actually dia yg langgar kete kami
Sekejap je dah dok bwh tayar...mujur xarwah budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 22-3-2021 01:01 AM
Inilah situasi yang aku paling risau.. kat lorong masuk ke rumah aku, petang2 ramai sangat budak2 do ...

Satu lg tak nmpk.. depa rendah.. kalo belah titik bute tuu mmg tak nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 22-3-2021 01:19 AM
Innalillah...

mcm mana boleh tak perasan ada budak naik basikal

Adekala titik buta sis.. kalo budak tuu side penumpang belah kiri haram aku nmpk.. lagi lagi naik toka tinggi dan gemuk like a hilux
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 22-3-2021 04:01 AM
blind spot?

pemandu kena extra peka. Petang2 waktu budak main. Umur 5 tahun masih perlu pengawas ...

Laki aku hari tuu lg best.  Mmg bawak slow ptg ptg.. tup tup gedegang.. budak main beskal pi langgo pintu kete.. marah laki aku bawak slow.. depa nak cepat.. pi taman.. koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun risau. Tmn aku pprt stail. org letak kereta kiri kanan pastu selisih memg x dapat la. Budak2 main basikal pulak mkn jalan. Memg kena slow. Kalau x gesel dgn anak org. Haihh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 22-3-2021 01:56 AM
Pasang dashcam. Pasang dashcam. Tu je nak pesan zaman skrg ni.

Yup...btoi tu... supaya ada bukti
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan perumahan tolong jgn bawak laju laju.. kdg2 banyak budak main2. Dah tu diorang nak main mana.. aku geram betul kalau kereta bawak laju2 dlm kawasan perumahan.. kalo budak2 kecil macam ni kena ada org jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang pasai blind spot, aku rasa ramai yg tak cakna macamana nak laraskan side mirror kereta utk minimum kan blind spot. Ada tu, cermin sisi dilaraskan terlalu ke luar atau terlebih ke dalam (nampak body kereta). Patutnya, ekjas je ngam2 lepas nampak body kereta, selepas dah ekjas kedudukan seat..
Kalau pelarasan betul,  insyaallah blind spot dapat dikurangkan. Kereta ni, kat hujung2 cermin sisi tu direka lebih cembung berbanding  permukaan tengah. Lagi satu, kalau nak tukar cermin tengah atau sisi, lebih baik cari yg original. Sebabnya, yg aftermarket ni, kadar cembung & cekung kadang kala tu tak sama. Depth of field tu betul2 mengganggu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes macam ni jangan la nak salahkan driver tu saje. budak ni takde ke orang tengok main kat luar sorang ke? Haritu aku pegi mall mak sibuk tengok fon, bapak pulak muka ketat, anak tu dia biar jalan sorang kat belakang cross jalan pulak tu. Pastu dah nampak kereta nak lalu pun sikit tak pegang anak tu bodoh punya parents..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:36 AM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:46 AM | Show all posts
Jitu replied at 22-3-2021 01:19 AM
Innalillah...

mcm mana boleh tak perasan ada budak naik basikal

blind spot pun ye juga, kat umah iols ni.. sehabis slow dah.. datang yang bawak beskal kecik2x ni.. dia yang sondol kita.. aku jegilkan je mata.
ibu bapa takde pun,  nak harapkan akak or abang jaga budak2x nama nye.. mana la nak ada pikiran sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:50 AM | Show all posts
hareeeesah replied at 22-3-2021 09:23 AM
Kes macam ni jangan la nak salahkan driver tu saje. budak ni takde ke orang tengok main kat luar sor ...

smlm iols pi joging. ada budak2x tu lari tak ingat dunia.. yang best nye mak ayah dia dating berdua kat blakang.. mujur ada motor tu brek.
melenggang lagi mak ayah dia..
aku dari jauh dah nak menjerit dah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.059889 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list