View: 3122|Reply: 9
|
"Memang Ada Berhijab Tapi Hati Busuk," -Marsha Milan Tak Kisah Watak A
[Copy link]
|
|
Pelakon Marsha Milan memberitahu dia tidak mempunyai sebarang isu untuk menerima watak antagonis bertudung biarpun terdapat segelintir aktres yang enggan melakukannya.
Menurut Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, 36, apa yang dilakukan itu hanya lakonan semata-mata dan percaya ia tidak menggambarkan mana-mana pihak.
Kredit foto: mSstar
"Itu pilihan masing-masing sekiranya ada mana-mana pelakon yang enggan membawakan watak antagonis bertudung.
"Bagi Marsha, kita kena fikir daripada sudut lakonan... mungkin dalam dunia realiti, ada orang yang berhijab tetapi hati busuk tapi kita tidaklah potretkan itu.
"Marsha cuma lakukan watak ini dengan jayanya mengikut seperti mana yang dikehendaki pengarah," katanya kepada mStar.
Marsha melakonkan watak antagonis seorang wanita bertudung labuh bernama Nurul Huda dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang turut dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose.
Sepanjang kerjaya dalam bidang lakonan, watak ini merupakan kali pertama yang memerlukan Marsha untuk mengenakan hijab yang pastinya turut mempunyai cabarannya yang tersendiri.
"Watak yang saya lakonkan dalam drama ini memang sama sekali berbeza dengan karakter sebenar saya.
"Susah saya nak maintainkan bentuk tudung sebab saya seorang yang hyper. Susah nak buatkan tudung tu bertahan lama dalam set, selalu senget, owning jatuhlah.
"Mungkin sebab saya belum biasa berhijab... jadi agak sukar biasakan diri untuk sentiasa kelihatan kemas," ujarnya.
Pelakon kelahiran Sabah ini juga sudah bersedia sekiranya wataknya itu dikecam netizen.
"Sudah lama saya tidak bawakan watak antagonis... paling-paling watak hantu, gila-gila dan kelakar.
"Jika saya dikecam maknanya watak yang saya bawakan menjadi. Saya anggap ia merupakan suatu kejayaan dari sudut membawakan watak Nurul Huda," katanya.
Rindu Awak Separuh Nyawa yang diarahkan oleh Along Kamaludin bakal ditayangkan bermula 23 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hijab sekadar uniform |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg skrg ni nak bt watak jahat kena pakai tudung ek?tp sokay laa,hijaboobs dgn y bet2 menutup aurat kerana Allah,mmg brbeza pn perangai..y penting ai lama dh xlayan drama tmpatan sbb recycle plot sama jah.. bosannnnn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat watak Ummi Nazeera dalam drama Nur Kasih dulu. Muka baik innocent bertudung tapi tu diaaa dalang lah. Suka betul aku watak dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
marsha ni forumer ke?
baidewei eniwei
kalau da hati busuk tk kira apa ko pakai
busuk le jugak hatinya |
|
|
|
|
|
|
|
memang betul pun...
tudung bukan bermakna orang tu baik... lagi2 jejan melayu acah2 nak tegur orang punya aurat tapi main bola seluar pendek sekarang suka guna agama dan aurat sebagai titik untuk menghina/komen pompuan, artis, public figure... dah itu yang dorang nak... asalkan bertudung... hati busuk ke wangi ke scammer ke tu kira tepi... agama harus di bentuk dari dalam, bukan sekadar luaran... kalau gigih nak tegur luaran sahaja gini la jadinya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang artis aritu cakap taknak bawak watak jahat bertudung. Watak ni la kot |
|
|
|
|
|
|
|
in reality, mmg ada je yg bertudung ni busukkkkkk hati
dengki dgn org lain dan fefeling org lain jeles dgn dia padahal dia tu swimming pun x reti lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
I mcm xperasan apa2 drama yg marsha penah berlakon? |
|
|
|
|
|
|
| |
|