CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 2

Doktor Tak Bagi Ikat Peranakan Sebab Tiada Izin Lelaki

[Copy link]
Post time 22-3-2021 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita dihalang daripada mengikat tiub Fallopian dalam badannya oleh seorang doktor lelaki atas alasan ‘wanita tidak boleh membuat keputusan itu tanpa lelaki’, lapor akhbar Daily Mirror.


Pendedahan pengalaman yang dialami oleh Sarah-Jo Baskin, 37, itu dikongsikan dalam video di TikTok yang disifatkan sebagai perkara paling seksis yang pernah diucapkan oleh seorang lelaki kepadanya.








“Selepas melahirkan anak kedua ketika saya berumur 27 tahun, saya memberitahu seorang doktor lelaki tentang hasrat saya untuk mengikat tiub Fallopian.


“Saya tidak mahu mempunyai anak lagi kerana terlalu trauma dengan proses bersalin yang hampir meragut nyawa saya dan bayi,” cerita ibu kepada tiga anak itu dalam video tersebut.


Tambahnya, doktor tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia enggan melakukan prosedur tersebut atas alasan Baskin belum berkahwin.


“Saya rasa lebih baik jika keputusan itu dibuat secara bersama oleh lelaki dan wanita, saya tidak rasa awak patut buat keputusan itu seorang diri.


“Saya tidak akan mengikat tiub Fallopian awak. Saya tidak rasa seorang perempuan patut membuat keputusan itu,” kata doktor tersebut seperti yang diceritakan Baskin.


Video yang dikongsikan Baskin itu menjadi tular dan ditonton lebih sejuta kali oleh pengguna dengan ribuan komen dan tanda suka.


Selain ada yang menyokong tindakan doktor itu, terdapat juga yang mempersoalkan adakah dia (doktor) akan bertanya soalan yang sama jika pesakit lelaki ingin melakukan vasektomi.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 12:50 PM | Show all posts
seks luar nikah ni budaya etis
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn la kerutkan dahi dalam video / gambar. Automatik nampak tua tapi tak boleh kalahkan ketuaan muka sipak melvins si pompuan rempits
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052242 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list