CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 792|Reply: 1

Mati dilibas dengan parang hanya kerana dituduh membazir air

[Copy link]
Post time 22-3-2021 04:20 PM | Show all posts |Read mode





KINABATANGAN: Hanya kerana pertelagahan berkaitan masalah bekalan air antara dua rakan, salah seorang maut akibat dilibas dengan parang dalam satu kejadian di Ladang Malangking, Kinabatangan, pada Sabtu.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dilibas dengan senjata itu oleh suspek di bahagian perut hingga menyebabkan kecederaan parah.


Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, pergaduhan itu melibatkan dua pekerja ladang yang masing-masing dalam lingkungan umur 30 tahun.


"enduduk sekitar menyedari kejadian setelah mangsa berlari keluar daripada rumah dalam keadaaan berlumuran darah.


"Saksi-saksi sempat melihat suspek melarikan diri keluar dari pintu belakang rumah, namun tidak ada yang berani menahan suspek memandangkan suspek sedang memegang sebilah parang.


"Mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Kinabatangan oleh pekerja ladang. Walau bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan jam 10 malam," katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.


Menurutnya, sebelum meninggal dunia, mangsa telah menceritakan tentang kejadian itu kepada seorang saksi yang membawa mangsa ke hospital.


"unca kejadian pergaduhan berlaku adalah disebabkan salah faham suspek dengan mangsa berkaitan penggunaan air di rumah.


"Mangsa dikatakan sering membazir air. Isu ini timbul kerana kawasan perumahan itu sering mengalami masalah bekalan air.


"Suspek dan mangsa tinggal bersama dan telah bekerja lebih kurang lima bulan di ladang tersebut," katanya.


Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.


"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan dibantu oleh Unit K9 IPD Lahad Datu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujar Dzulbaharin.


Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Richarles Edward di talian 089-561890 atau 014-3217050 untuk membantu siasatan," katanya.




Sumber : Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa.. Aku baru saja baca berita yg sama.. ELJATI x salah aku yg buka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.041320 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list