CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7208|Reply: 50

[Tempatan] Mokhzani Mahathir kini Pengerusi Maxis

  [Copy link]
Post time 22-3-2021 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Maxis Berhad (Maxis) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mokhzani Mahathir sebagai Pengerusi Lembaga Maxis berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda yang memutuskan untuk mengundur diri dari jawatannya sebagai pengerusi selepas berkhidmat sejak penyenaraian Maxis di Bursa Malaysia pada tahun 2009.




Bagaimanapun, beliau akan terus berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maxis.

Raja Arshad berkata, ia adalah suatu penghormatan untuk berkhidmat sebagai Pengerusi Maxis selama 11 tahun, bekerjasama dengan ahli lembaga pengarah yang lain dalam membimbing Syarikat dalam transformasinya dari pemain mudah alih terkemuka kepada penyedia penyelesaian terpadu terkemuka di negara ini.

"Saya bangga dengan apa yang telah kami capai dan bagaimana kami terus melayani pelanggan dan pihak berkepentingan yang kami hargai dalam persekitaran digital yang berkembang pesat.

"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga Maxis yang telah memberi sokongan yang begitu padu yang akan saya hargai selama-lamanya.

"Saya percaya bahawa sudah waktunya untuk saya menyerahkan peranan sebagai Pengerusi kepada anggota Lembaga yang lebih muda, dan saya mengucapkan tahniah kepada Mokhzani atas pelantikannya.

"Beliau adalah pemimpin korporat dan usahawan berpengalaman serta berpengetahuan luas dalam industri telekomunikasi, selepas beberapa tahun menganggotai lembaga dan menjadi ahli bagi beberapa Jawatankuasa Lembaga.

"Saya yakin dengan sokongan dan komitmen berterusan dari semua warga Maxis, Syarikat akan terus berkembang di bawah kepimpinannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Mokhzani berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Raja Arshad atas kepemimpinan, bimbingan dan sumbangan yang sangat tinggi kepada Syarikat selama ini.

"Kami berada di puncak era teknologi baru dan Maxis selalu berada di barisan hadapan dalam membawa inovasi baru kepada negara.

"Saya yakin bahawa sebagai penyedia penyelesaian terpadu yang terkemuka, Maxis akan memainkan peranan penting dalam memajukan kesalinghubungan dan agenda digital negara.

"Kami berada di masa yang mengujakan di Maxis. Saya menantikan peranan baru saya dan juga untuk bekerjasama dengan Lembaga Pengarah, pengurusan serta warga Maxis memandangkan kami kini mempercepat cita-cita pertumbuhan jangka panjang kami," katanya.

Mokhzani kini mempengerusikan Jawatankuasa Audit dan Risiko Maxis dan juga anggota Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Hal Ehwal Kerajaan dan Kawal Selia.

Beliau akan melepaskan peranannya sebagai Pengarah Bebas Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko.

Selepas memulakan kerjaya profesionalnya sebagai jurutera luar pesisir dengan Sarawak Shell Berhad, Mokhzani menceburkan diri dalam sektor pembuatan komponen, perkhidmatan minyak dan gas, kewangan dan penjagaan kesihatan.

Pengalaman korporatnya yang lalu merangkumi jawatan eksekutif utama di Pantai Holdings Berhad, THB Industries Berhad, Tongkah Holdings Berhad, Kencana Petroleum Bhd selain menjadi pengasas bersama SapuraKencana Petroleum Berhad.

Pada masa ini, portfolio pelaburannya melalui Kencana Capital Sdn Bhd merangkumi perniagaan dalam bidang IT, harta tanah, pertanian dan industri makanan serta automotif.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 8:03 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats..mmg layak pun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 11:31 PM | Show all posts
alhamdulillah

murah rezeki pewaris pemikiran Tun

skang meksis tk iklan kat tv lain kn?

dia iklan kt astro je

teringat forumer resellermeksis yg tidak percaya pada hadith

jaga2 ye kaum hawa forum

org tk pecaya hadith ni menghalal kan seks dubur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah utk jwtn baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Uncle Ananda mmg baik ngan Jani..kalau layak why not.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 02:54 AM | Show all posts
Edited by dudaberhias at 23-3-2021 02:56 AM

kalau layak why not...
tapi nak husnuzon dengan keluarga atuk ni susah sikit... maaf...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2021 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
walaupun heols layak tapi disebabkan dia anak atok tetap iols x boleh nk husnuzon psl kroni atok ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Yolahhh.. Selagi mampu pegang jawatan lagi pegang laa... Kumpul lagi rete banyak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia layak. Pengalaman dan pengetahuan dia luas.
Hanya sebab dia anak atok, kita menyampah.
Better bagi pd yg layak dr glc kerajaan semua pass pd politician yg tak tau apa2. Last2 rugi manjang. Telan air liur tgk asia tiger baru..si indonesia terus maju tinggalkan kita.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Still menyampah eeeeee neexxxtttttt
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat Atok ngn Abah korang konon2 tak sebulu... dramaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana ladorg ni mampu pegang jawata pengerusai syarikat sana sini? Selain bukan kabel politik?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 23-3-2021 05:05 AM
Dia layak. Pengalaman dan pengetahuan dia luas.
Hanya sebab dia anak atok, kita menyampah.
Better  ...

Hmm i masih kecewa HSR batal. Imagine ada keretapi laju kl-singapore. Expart suka transit SG, mesti boleh boost economy, economy SG pon akan naik sbb expat dkt sni mesti selalu pegi sana
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:19 AM | Show all posts
ok la.... bayangkan kalo anak wak jahid yg dpt jawatan tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:20 AM | Show all posts
kesian sangat kan. dulu pantang ada berita pasal keluarga paling boleh pakai kat malaysia ni berbondong2 rakyat terutamanya bbnu dan ummah kayu api akan puji sepujinya. boleh pulak cakap benda macam apa salahnya dia bukan curi duit lulz (what do you expect kan, discrimination macam mandarin speaking only tu dianggap normal. facebook ig twitter aman2 jah takde di china kisah ke kau mandarin ke tak?).

tapi sekarang asal ada berita pasal keluarga yindia kerala ni pasti dikecam sehabis mungkin oleh ummah suci. oh how the tables have turned. takut mati nanti mayat kena kebumi secara rahsia takut divandalise mohon dijauhkan ya (not! hehe)
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:32 AM | Show all posts
so service maxis dan hotlink boleh lebih pantas dan baik x after this?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 09:35 AM | Show all posts
aiks xsampai sebulan dah 2 org "kroni" menjawat jawatan tinggi coporate ... husnuzonnyehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:41 AM | Show all posts
depresio replied at 23-3-2021 06:58 AM
Macam mana ladorg ni mampu pegang jawata pengerusai syarikat sana sini? Selain bukan kabel politik?

dorg isi spa8 ler









Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 10:09 AM | Show all posts
mengapa meksis tk nk lantik puak2 gay pondan calabai pedo?

bayangkn kalau gay pondan calabai pedo pegang jwtn meksis

pasti mnjadi inspirasi

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
rajamoney replied at 22-3-2021 11:31 PM
alhamdulillah

murah rezeki pewaris pemikiran Tun

Haaa.. Mana pergi reseller tu.. Dh masuk gua ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.078135 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list