“Mereka nak buat ambulans mampu guna untuk orang Malaysia. Saya pula ada van syarikat ini. Jadi, saya beri mereka tukar van ini jadi ambulans jariah yang diinginkan. Jadi, kami sekarang dalam proses tukar van ini kepada ambulans. Sebelum COVID-19, van jenis Toyota Hiace ini kerap digunakan.”
Ujarnya lagi, sejak negara dilanda pandemik COVID-19, van tersebut jarang digunakan lalu dia telah mengambil keputusan untuk menderma sahaja van tersebut. Jelas Altimet lagi, kos pengubahsuaian ruang serta kelengkapan dalamannya hampir mencecah sekitar RM150,000.
Namun, soal kos itu tidak menjadi beban apabila ianya telah dibiayai pertubuhan melalui derma orang ramai.
“Saya hanya sumbangkan van sahaja dan harapan saya semoga van ambulans ini dapat menolong orang Malaysia yang memerlukan.” kata Altimet mengakhiri perbualan.
SUMBER : Harian Metro