CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3672|Reply: 27

Wanita Warga China Mabuk Langgar 4 Kereta Di Ampang

[Copy link]
Post time 24-3-2021 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Ampang: Seorang wanita warga China yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol menjadi punca nahas lima kenderaan di Jalan Bunga Mawar 5A, Taman Muda, Ampang, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, kemalangan ini berlaku pada jam 11 malam membabitkan lima kenderaan jenis Proton Wira, Mazda, Honda City, Chevrolet dan Proton Saga.


Menurutnya, kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dipandu wanita warga China berusia 54 tahun itu melanggar empat kenderaan lain.




Foto: Harian Metro




"Kemalangan menyebabkan kerosakan kepada semua kenderaan namun tidak membabitkan kecederaan.


"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira dipandu suspek di Jalan Bunga Cempaka 2 hilang kawalan lalu melanggar Mazda yang diparkir di bahu kiri jalan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mohammed Farouk berkata, suspek kemudian mengundurkan keretanya lalu melanggar Honda City yang di parkir di bahu kanan jalan.


"Akibat perlanggaran itu, kereta Honda City teranjak ke hadapan dan melanggar kereta Chevrolet yang diparkir di hadapannya.


"Suspek seterusnya memandu ke arah Jalan Bunga Mawar 5A namun sebaik sampai di jalan itu, dia sekali lagi hilang kawalan lalu melanggar Proton Saga yang diparkir di tepi kanan jalan dan sebatang tiang lampu di tepi kiri jalan," katanya.


Beliau berkata, suspek kemudian mengundurkan kereta hingga terhenti di dalam garaj yang terdapat di tepi kiri jalan.


"Ujian kandungan alkohol dalam darah suspek dijalankan menggunakan mesin jenis EBA-II dan hasil ujian mendapati tahap kandungan alkohol pemandu melebihi had yang ditetapkan.


"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda sebanyak RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 dan boleh juga dipenjara selama tidak melebihi 12 bulan jika sabit kesalahan," katanya.


Menurutnya, suspek direman sehingga 27 Mac ini dan saksi yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kalau kata xreti bahasa pun mmg sungguh xreti dah dtg dr tanah besar...huh!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal pemandu mabuk ni tak mati?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 02:06 PM | Show all posts
makin menjadi2 pemandu mabuk ni. aku risau je jadi mcm kes rogol budak kt korea tu. rogol sampai budak tu cacat seumur hidup tapi dpt denda penjara 12thn je sebab dia mabuk dan dicaj hilang kewarasan. kesian budak tu dan family dia yang kene pindah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 02:27 PM | Show all posts
elok belasah sampai lembik jer sepet2 yg mabuk menyusahkan org tp tak mampos2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 02:31 PM | Show all posts
warga china ni legal ke illegal duk malaysia ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Leluhur tersial
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nye akta baru untuk org mabuk ni nak dikuatkuasakan.. ke sembang je lbh hari tu...
Don't drink n drive le..nak drink jugak..naik le uber ke..grab ke..carpool ke...jd le bijak ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni warga China yang masuk masa KLIA blackout ke? Haritu yang katanya 2 juta orang China tak de rekod keluar dari malaysia?

Zaman ph tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringan sgt hukumannya tu klu sabit kesalahan. Apa kata kali 5 sbb melibatkn 5 kereta, pastu deport dia balik mainland pls.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak Malaysia diduduki leluhur Jinjang ni menjadi2 kes mabuk. Sial betul. Memang wajar orang US menyampah dan tembak2 sepet2 kat US. Kita je baik sangat layan ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne boleh duduk sini tak tau..ada ic, surat beranak takde..cakap melayu 1 haram pun tak tahu..adab takde kurang hajar macam negara diorang..bangsa cina malaysia pun tak teruk cam diorang..beza china dengan cina..kalau indon bangla,rohinga tu dapat beza lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 03:09 PM | Show all posts
same old same old...selagi tak kena kat anak VIP, benda sama berulang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 03:12 PM | Show all posts
jadahnya.. nak mabuk pi la hantuk pokok ka tembok ka..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dakwa sekali dibawah akta imegresen laaa...ntah2 pendatang haram ke ape...

Patut org yg mabuk ketika memandu ni, bila kemalangan yg libatkan nyawa..cas terus tuduhan membunuh tanpa niat...kaw2 punya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 03:24 PM | Show all posts
serupa je perangai baik jinjang mahupun xinjiang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tua bangka pun mabuk2 sambil driving...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:36 PM | Show all posts
testly replied at 24-3-2021 02:50 PM
Bila nye akta baru untuk org mabuk ni nak dikuatkuasakan.. ke sembang je lbh hari tu...
Don't drink ...

Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda sebanyak RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 dan boleh juga dipenjara selama tidak melebihi 12 bulan jika sabit kesalahan
dah kuat kuasa la tu

kesalahn trafik ni akan terus berulang ko letak lah hukuman gantung pun. pembuat dasar akan tengok stats frekuensi segala jadah tu. There is a minimum yang boleh di tolerate. Nak harap zero memang tak lah.


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 24-3-2021 10:36 PM
dah kuat kuasa la tu

kesalahn trafik ni akan terus berulang ko letak lah hukuman gantung pun. ...

Yg tu 1987..yg sembang baru ni 2020 kan.. klau hukuman gantung confirm rmai pandai bila mabuk guna grab/uber balik kan..
Setakat 5k to 20k celah gigi je bg yg mabuk2 nih...sbb tu diorg xheran kan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 01:09 PM | Show all posts
testly replied at 25-3-2021 12:16 AM
Yg tu 1987..yg sembang baru ni 2020 kan.. klau hukuman gantung confirm rmai pandai bila mabuk guna ...

dah kuatkuasa sejak 2020 lagi!

Kes pertama pemandu mabuk didakwa di bawah akta baharu
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 27 Oktober 2020

Yen Yew dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown pagi tadi atas pertuduhan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol.

GEORGETOWN - Seorang lelaki berusia 22 tahun menjadi individu pertama di negeri ini yang didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 selepas dikuatkuasakan Jumaat lalu.

Tertuduh, Saw Yen Yew dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown di sini hari ini kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dua hari lalu.

Bagaimanapun, Yen Yew yang berasal dari Sungai Ara, Bayan Lepas mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.

Mengikut kertas pertuduhan, Yen Yew didakwa menunggang motosikal dalam keadaan melebihi kadar alkohol yang ditetapkan iaitu 125mg alkohol dalam 100 darah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ketika ditahan jam 2.55 pagi, Ahad lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

Peguam Mohd Ismail Mohamad dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan jaminan setimpal berikutan Yen Yew baru mendapat pekerjaan sebagai juruteknik komputer selain masih muda.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Erma Yanti Abdul Rahim meminta mahkamah memberikan jumlah jaminan yang tinggi.

Rosnee kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 November ini sebagai tarikh sebutan semula.

Terdahulu, media melaporkan pada 21 Oktober lalu, Rang Undang- undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 dikuat kuasa bermula 23 Oktober ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, akta baharu itu diyakini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap pematuhan undang-undang.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-bawah-akta-baharu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.074536 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list