Manusia fitrahnya mempunyai ego dan amarah yang tersendiri. Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai pergaduhan antara seorang lelaki dan wanita di kedai makan.
Kredit foto: Twitter Jabatan Netizen Malaysia
Pada mulanya dikhabarkan punca pergaduhan adalah kerana berebut sudu dan garfu. Ada juga yang mengatakan mereka bergaduh kerana berebutkan murtabak di situ.
Lihat video penuh di bawah:
Kelihatan pergaduhan bermula daripada seorang lelaki yang menjerit kepada seorang perempuan yang kemudian mula marah dan memukul lelaki tersebut.
Kredit foto: Twitter Jabatan Netizen Malaysia
Meninjau ruang komen, rupa-rupanya keduanya bergaduh mengenai cuti. Mungkin keduanya dari tempat kerja yang sama. Sampai ke kedai makan bergaduh ya.
Masing-masing dah dewasa. Mengapa perlu bergaduh di hadapan masyarakat umum?
Sedar atau tidak, ketika marah di khalayak ramai, hakikatnya kita sedang meletakkan 100% keburukan yang ada dalam diri kita untuk di pamerkan di hadapan orang lain. - CARI |