View: 4147|Reply: 5
|
FESYEN PEGUAM MENGAPA HITAM DAN PUTIH? TETAPI PROFESSIONAL
[Copy link]
|
|
Tahukah pembaca bahawa peguam mempunyai kod etika pakaian ketika menghadiri kes di Mahkamah. Setiap peguam tidak boleh sesuka hati memakai pakaian mengikut citarasa sendiri apatah lagi mengikut gaya pakaian celebrity. Kod etika pakaian peguam telah ditetapkan mengikut jenis Mahkamah ketika mereka bersidang dan sudah semestinya pakaian asas adalah warna hitam dan putih.
Untuk pengetahuan, kod etika pakaian bagi peguam di Malaysia telah diputuskan oleh YAA Ketua Hakim Negara setelah berunding dengan YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim-Hakim Besar dan Majlis Peguam seterusnya pekeliling dikeluarkan untuk dipatuhi.
Suka atau tidak dengan warna hitam putih, seseorang yang bergelar Peguam perlu akur dengan arahan tersebut.
MENGAPA HITAM DAN PUTIH?
Terlalu banyak versi mengenai perkara ini. Salah satu versi ialah kod pakaian ini bermula lebih kurang abad ke-17. Ketika Ratu Mary II meninggal akibat cacar pada tahun 1694, bermula dari itu 'duda' si mati iaitu Raja William III memerintahkan semua hakim dan peguam untuk menghadiri kes di Mahkamah hendaklah memakai gaun hitam sebagai tanda berkabung kepada ratu. Ia merupakan satu Perintah yang tidak pernah dibatalkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, bermula dari itu peguam menyukai dan menggunapakai pakaian seragam ini kerana ia memberi aura misteri dan 'gerun' ketika di mahkamah.
Versi lain pula menyatakan Peguam dan Hakim memakai warna hitam kerana hitam adalah warna di mana tidak ada warna lain yang dapat diwarna di atasnya. Ini secara langsung bermaksud segala keputusan Hakim adalah muktamad, kita tidak dapat mengubahnya dengan cara apa pun. Selain itu, putih melambangkan kesucian dan ketelusan. Ini bermakna bahawa keputusan hakim adalah murni dalam setiap aspek.
Bagi Peguam pula ia bermaksud mereka teliti dengan pendapat, pemikiran, tafsiran undang-undang dan proses perundangan mereka. Dalam apa-apa cara sekalipun mereka tidak akan berkompromi. Mereka juga tetap dengan pendirian yang telah dinyatakan dalam sesuatu kes serta hujah-hujah yang dikemukakan berdasarkan kepada fakta-fakta yang diberikan oleh peguam.
Ada pula versi lain yang mengatakan bahawa Mahkamah bukanlah tempat untuk bergembira tetapi tempat di mana kebanyakkan orang berdukacita. Oleh itu hitam melambangkan kesedihan atau dukacita.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sb ada dua gak...1.Lawyer betul...2.Lawyer buruk..... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat peguam yg berambut blonde ala barbie... |
|
|
|
|
|
|
|
Yin yang la tt..Hitam kejahatan kezaliman putih kebaikan kebenaran
Xcaya cer tny pak maidin |
|
|
|
|
|
|
|
Hitam putih ni betul. I lebih suka tgk kasut lawyer. |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji puluhribu2 pastu aniaya orang.. so my lawyer patut pakai all black! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|