View: 13660|Reply: 33
|
Nampak Kayu Tapi Bukan- Semuanya Tentang Rumah Simen Board Yang Patut Anda Tahu!
[Copy link]
|
|
Edited by natrahn at 4-5-2021 03:49 PM
Kredit Foto - Amptech Rumah
Siapa tak nak ada rumah yang dibina atas tanah sendiri, kan? Cumanya, nak bina rumah sekarang pun boleh tahan mahal juga harganya.
Bagi yang dah ada tanah, ataupun ada peluang untuk membeli tanah, kami ada idea binaan rumah yang tak memerlukan bajet besar. Rumah yang kami maksudkan adalahrumah simen board (cement board) atau rumah simen gentian.
Kredit Foto - Amptech Rumah
Rumah jenis ini dibina menggunakan papan simen gentian atau simen serat (cement fibre). Simen boarddiperbuat daripada campuran simen, serat selulosa dan pasir yang dibentuk menjadi kepingan papan.
Krediti Foto : PropertyGuru
Ketebalannya pula berbeza-beza supaya ia boleh digunakan mengikut kesesuaian pembinaan, sama ada di luar atau di dalam rumah.
Papan simen ini bukan sahaja menjadi struktur utama bangunan, malah bahagian luaran juga mampu menjadikan sesebuah bangunan cantik dan unik.
Kredit Foto - PropertyGuru : Lapisan simen board juga datang dengan pelbagai tekstur dan warna
Kaedah ini adalah inovasi baru dalam binaan bangunan. Sangat berbeza dari kaedah konvesional (ikat batu) dari segi kos dan masa tapi masih selamat.
Papan simen gentian memang tak dinafikan lagi murah dan boleh dipasang di mana-mana permukaan bergantung kepada jenis, jenama dan berapa banyak panel simen gentian yang diperlukan.
Krediti Foto : PropertyGuru - Kelebihan VS Kekurangan Menggunakan Papan Simen Gentian
Negara Barat contohnya Amerika Syarikat, memang banyak rumah yang dibina dengansimen board ini. Antara sebabnya adalah sebagai langkah keselamatan bila rumah dilanda bencana seperti puting beliung atau ribut taufan.
Krediti Foto : PropertyGuru
Apabila dilanda bencana tersebut, penghuni di dalam masih selamat kerana bahan binaanya tak keras macam batu bata. Rumah jenis ini juga boleh dinaikkan semula dengan mudah.
Melihat kepada kelebihansimen board, memang ianya selamat dan kukuh sebagai pembinaan rumah. Pada yang nak berjimat dalam kos binaan rumah bolehlah mempertimbangkan panel simen gentian ini.
Semoga bermanfaat. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berapa kos/harga rumah cekelet atas tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya. Ada ke mana2 orang yang boleh buat rumah kalis banjir. Boleh le try design. Sebab kesian pulak org yang tinggal kat area banjir tetiap kali hujan |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Thailand banyak dah. Terengganu Kelantan dah mula ada. Lain kat FB semua pulun letak gegambar dn vevideo dari thailand. Bila tanya ada xyg dah siap dia buat? Tadok. Ada satu je kontraktor dah buat kt msia kt KL yg iols tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat nak kena cari tanah la pulak
Takat ni mampu beli tanah yg kat kedai eco ja
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau nak cat pun senang |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 senang dak nak tebuk lubang utk gantung frame gambo..? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rumah dah ada tp simen biasa then tampal simen ala2 rupa papan ni boleh ke. Lawa plak rupa papan macamni tapi rumah dah siap pun. Tak cat je |
|
|
|
|
|
|
|
malaygirl: Kalau rumah dah ada tp simen biasa then tampal simen ala2 rupa papan ni boleh ke. Lawa plak rupa papan macamni tapi rumah dah siap pun. Tak cat je
Xde penyakit cari penyakit nanti rumah sis tumbuh kulat cendawan habis friska dan tengku jalal datang kutip cendawan buat sup ratu madu jusa c
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah camni blh tahan lama ke? Sbb ikat guna besi.
Kalau besi tu barai, atau karat semua papan simen tu jatuh. Hempap friska dah jadi lempeng jusa c. Harap friska xbuat rumah macam ni takut roboh je
Kalau rumah batu bata atleast ikat macam2 bukan macam rumah developer scammer tu buat rumah guna polisterin sah2 lah kena tiup angin runtuh dinding rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
When I first heard of this cement, it looked so much like wood, I couldn't believe it was cement. So what about its cost?
dordle |
|
|
|
|
|
|
|
murah je.. aku pasang tinggikan border dinding. sbb aku tak suka jiranku nampak aku cuci lantai porch. aku offer utk buat sblah jiran punya sekali tp pakcik tu tak nak.. dia terkejut kot sbb tiba2 ada dinding pemisah rumah kami yg tinggi lebih 7 kaki.
kontraktor psg skru utk ampu cement board ni tutup tembok pemisah. sbb nak buat tembok kekal mmg tak boleh. nanti majlis daerah boleh saman. |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai ke dengan cuaca dan iklim kita? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik rumah yang dipamerkan |
|
|
|
|
|
|
|
mn la nk cukup
asal berlaki..eh...bertanah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|