View: 5631|Reply: 48
|
Empat Sekeluarga Maut Bertembung Treler
[Copy link]
|
|
KUANTAN: Empat sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak, maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung sebuah treler mengangkut kenderaan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, kira-kira 195 kilometer dari sini, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata dalam nahas jam 4.10 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kereta jenis Perodua Myvi terbabit, Marlianna Abdul Muid, 37, dan adiknya Marlia, 36, akibat tersepit serta mengalami kecederaan parah di kepala.
Beliau berkata, dua mangsa kanak-kanak dikenali sebagai Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, dan anak Marlia, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, 9, yang berada di bahagian penumpang belakang kereta itu pula disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Kesemua mangsa beralamat di Banting, Selangor.
Foto: PDRM
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Marlianna dari arah Kota Bharu, Kelantan, ke Selangor cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi tidak berjaya sebelum bertembung treler dari arah bertentangan.
"ertembungan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit dan kereta mangsa remuk di bahagian hadapan, menyebabkan bantuan bomba diperlukan bagi mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Namun, Kamarulzaman berkata, pemandu treler yang berusia 42 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan kenderaannya turut rosak.
Kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –CARI
Sumber: BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduh. Pepagi buta tu. Ngantuk ke apa nak cepat. Memotong xclear. Moga bertabahlah yg hidup jgn sedih sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan kampung ke..? Payah ke nak memotong jam 4 pagi di jalan kampung?
Harapnya bukan kerana kereta depan buat sial nampak kereta nak potong dia pandu laju2 tak bagi potong...
selalu kena macam ni di jalan kampung/satu lorong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm...
Takziah la buat keluarga mangsa..
Tapi...
Kat jln ni, kereta plat D mmg suka bawa macam......... Jln bapak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..kalau boleh elakkan berada di jalanraya time2 mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 29-3-2021 03:29 PM
Hmm...
Takziah la buat keluarga mangsa..
Betul la tu... Sejarah kakyung maki hamun pemandu bangang otak letak kat pedal minyak ni kebanyakannye plat D la ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Td ada news ni melintas kat fb, mangsa ank bekas ketua kg kat morib |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga highway csr cepat siap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun takziah buat keluarga mangsa. Sedih & ngeri at the same time. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun |
|
|
|
|
|
|
|
Nak motong ni memang macam berjudi laa.untung sabut timbul,untung batu,boleh isap. |
|
|
|
|
|
|
|
A'ah lah, baru perasan.
Drp Kelantan ke Selangor.
Org perempuan pulak drive dan di subuh su'ie pulak.
Pasti ada penjelasan yg munasabah. Insya Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka dari kawasan iols. Asal orang Morib. Hantar adik mereka yg bernikah dengan orang Kelantan.Pagi sangat waktu nak balik semula ke Morib. Sempat juga tengok status wassap adik dia yang Marlia tu(last seen jam 11.30 malam), minum redbull untuk menahan ngantuk katanya, yang memandu kakak dia, Marliana cuba memotong bas tapi tak lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan i ols punya bff. Sedih bff dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Sedihnye....semoga mereka ditempatkan Di kalangan orang2 yang beriman...Aminnn. . |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by notM at 29-3-2021 07:06 PM
Orang luar kalau masuk Pahang hati2 la lalu jalan Pahang....sebab banyak 1 lane je....x macam Selangor 2 lane.
Org Pahang pangkah BN entah apa diorg dapat...kalau Perak tu ada jugak la beberapa KM jalan 2 lane untuk memotong.
|
|
|
|
|
|
|
|
Keburukan konvoi. Kereta yg ketinggalan sibuk nk ikut kereta yg dh ke depan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|