|
Maguire selamatkan maruah England
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BRITAIN_SOCCER_FIFA_WORLD_CUP_2022_QUALIFICATION_1617246476.jpg)
Maguire (tengah) meraikan jaringan ketika berdepan Poland. FOTO Agensi
London: Jaringan kemenangan lewat oleh Harry Maguire membolehkan England memungut sembilan mata daripada tiga aksi kelayakan Piala Dunia 2022 tatkala menewaskan Poland, 2-1 di Wembley, pagi ini.
Poland mempamerkan ujian sebenar selepas aksi berdepan San Marino dan Albania malah ia kelihatan England mungkin mampu mencuri satu mata sehingga jaringan Maguire lima minit sebelum tamat perlawanan.
Aksi menarik England pada babak pertama membolehkan mereka mendahului apabila Harry Kane meledak gol ke-34 antarabangsanya selepas menyempurnakan penalti pada minit ke-19, susulan kekasaran dilakukan Michal Helik ke atas Raheem Sterling.
England terpaksa menanggung akibat kerana aksi yang kurang mengancam selepas waktu rehat ketika Poland yang beraksi tanya penyerang bertaraf dunia, Robert Lewandowski, berjaya menyamakan kedudukan.
Gol berpunca daripada kesilapan yang dilakukan pemain Manchester City, John Stones membolehkan Jakub Moder menewaskan penjaga gol, Nick Pope untuk gol penyamaan perlawanan.
Ia adalah jaringan pertama yang dilepaskan Pope dalam tujuh penampilan bersama England.
Sebelum England kembali di depan menerusi Maguire sekali gus mengekalkan rekod sempurna Gareth Southgate pada aksi kelayakan Piala Dunia kali ini.
Southgate berkata kepada ITV Sport: "Kami sangat bagus pada babak pertama, kami mengawal perlawanan dan melepaskan gol memberi kesan kepada pasukan.
"Mereka tergamam dengan gol itu, mereka berjaya kembalikan rentak permainan dan memperoleh kemenangan yang penting daripada usaha gigih."
Sumber : https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|