Jika anda masih ingat 12 tahun lalu, Britain's Got Talent pernah melakar kenangan manis apabila seorang pesertanya, Susan Boyle memukau juri dan juga hadirin dengan suara emasnya.
Terkini, Susan yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-60 menjelaskan kepada media bahawa dia tidak menyangka sejauh ini dia telah pergi.
Sebagai bintang yang begitu ikonik sejak 2019 lagi, Susan telah menjadi artis yang banyak mempersembahkan nyanyiannya di beberapa lokasi mewah. Malahan, mengikut laporan Daily Star, harta kekayaan Susan dikhabarkan sebanyak 22 juta pound sterling, kira-kira RM126 juta.
Foto aily Star
Mengimbas kembali persembahannya yang turut dikagumi Simon, Piers dan Amanda, mereka tidak menyangka yang Susan gagal memenangi pertandingan ketika itu.
Bagaimanapun, bakat Susan lebih terserlah dengan rakaman album yang sangat laris di United Kingdom ketika itu.
Dari tahun 2011 hingga 2014, Susan mengeluarkan album setiap tahun sebelum mengumumkan untuk berehat pada tahun 2015.
Susan mengambil keputusan untuk tinggal di kediaman ketika kanak-kanaknya dengan membeli rumah semi D pada harga RM600 ribu.
Kesedihan melanda diri Susan apabila kakaknya meninggal dunia setelah bertarung dengan penyakit kanser pada 2015. Manakala hubungannya dengan abangnya pula renggang dan sudah bertahun tidak bertegur sapa. Bagaimanapun, mengambil kira faktor umur yang meningkat, kini mereka berbaik-baik.
Menceritakan pernah dilamun cinta bersama doktor, Susan mengaku pernah makan bersama-sama, namun tidak sampai ke hubungan intim.
"Hubungan saya dengan lelaki memang jadi platonik. Sebabnya, saya terlalu lama bersendirian, jadi kekok untuk ke fasa perkahwinan."
Menjadi jutawan tidak semestinya bahagia. - CARI
|