CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1356|Reply: 6

[Tempatan] Dua warga emas kena tipu RM100,000 kononnya skim pelaburan tanam padi

[Copy link]
Post time 2-4-2021 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Dua warga emas ditipu RM100,000 pelaburan tanam padi di Kemboja
Bernama
April 2, 2021 10:50 MYT

KUANTAN: Dua wanita warga emas mendakwa kerugian RM50,000 setiap seorang selepas diperdayakan untuk menyertai pelaburan menanam padi di Kemboja, yang disertai mereka sejak tujuh tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 75 dan 65 tahun mendakwa tertarik untuk melabur selepas menyertai jelajah kononnya dibuat sebuah syarikat pelaburan di sebuah hotel terkemuka di sini, sekitar Jun 2014.

"Pada program jelajah itu, mangsa mendakwa mereka dijanjikan pulangan sebanyak RM52,000 setiap tiga bulan untuk tempoh tiga tahun jika mengambil satu lot padi bernilai RM50,000.
"Mangsa mendakwa mereka menandatangani surat perjanjian sekitar Ogos 2014 selepas membuat bayaran RM50,000 melalui cek yang diserahkan kepada seorang ejen syarikat tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, bagaimanapun kedua-dua mangsa mendakwa tidak pernah menerima pulangan yang dijanjikan sehingga tahun ini, selain gagal untuk menghubungi ejen syarikat itu menyebabkan mereka berasa ditipu.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 11:50 AM | Show all posts
20 years ago, ramai yg terkena dgn skim ternak lembu di teluk intan .. bukan setakat org perseorangan, koperasi pun terkena jugak ... janjinya, every 3 month akan bagi pulangan ... setakat 3 pusingan pertama je dapat, lepas tu ... hangussssss
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sampai road show dekat hotel, rasanya meols yg tak warga emas ni pun mungkin tertipu  {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kn kita ni bila dgr duit leh beranak2 laju je nk invest..baik la beli tnh buat rmh sewa dh tentu nampak bendanye..tp tu la kalau kawasan kg rmh sewa pon sendu!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolls pun pernah tertipu projek lembu, property kat UTP Seri Iskandar & last sekali Mecca Funds, pastu tu aman jer save kat ASB/TH, biar low return janji guaranteed
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada duit senang/cepat beranak mcm tu. Klu percaya, tu yg susceptible kena tipu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak tertipu dgn skim 350 puluhan tahun dulu sampai ini jadi pengajaran.bayar rm 350 dpt 100 tiap bln.dah bayar dua bln skim pun roboh duit lebuh.mujur rugi ciput  rm 700 je.kosser nak layan dah benda ngarut mcm tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.200408 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list