View: 956|Reply: 6
|
SOP ibadah sepanjang Ramadan di masjid, surau diumum dalam masa terdekat- Zulkif
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ibadah di masjid serta surau sepanjang Ramadan termasuk solat Tarawih akan diperinci dan diumumkan dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagi Wilayah Persekutuan, SOP akan diselaraskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) manakala negeri lain ditentukan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
"Saya melihat perkara ini (ibadah bulan Ramadan) hampir sama dengan solat-solat yang lain kecualilah mungkin ada sedikit perubahan kecil yang akan dilihat dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Akaun Emas YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) atau Akaun SERY di sini hari ini.
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran untuk mengadakan solat Tarawih di masjid sepanjang bulan Ramadan yang akan bermula 13 April ini.
Mengenai majlis itu, Zulkifli berkata produk simpanan emas berkenaan dilihat akan membawa YaPEIM setapak lagi ke hadapan dalam membantu merancakkan ekonomi khususnya dalam tempoh negara sedang pulih daripada impak Covid-19.
Beliau berharap dengan produk baharu itu, YaPIEM mampu bersaing dan berdiri setaraf dengan pemain industri emas yang lain.
Akaun SERY adalah produk simpanan emas yang membolehkan emas dibeli secara digital dan ditukar kepada emas fizikal dengan caj berpatutan selain patuh syariah.
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mengarut saja semua SOP ini |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri agama x nak komen ke SOP majlis akad nikah seorang selebriti yg menteri agama sendiri hadir sebelum ini
Kalau dekat majlis akad haritu boleh duduk rapat siap berlaga bahu lagi, harapnye SOP untuk solat terawih nnti lebih kurang lah ye |
|
|
|
|
|
|
|
SOP apo bondo? Menteri sendiri pon langgar SOP kat majlis nikah selebriti, apa tindakan selanjutnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri ugama juga tak cerdik..
sendiri juga melanggar hukom
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mentari ugama juga akan dicampak ke dalam api neraka bersama pelanggar pelanggar hukom yang lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada nampak sorang menteri tu tak pakai mask,, pakai baju hitam topi merah |
|
|
|
|
|
|
| |
|