CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1751|Reply: 6

[Dunia] Sanggup racun anak demi wang insurans

[Copy link]
Post time 2-4-2021 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Sanggup racun anak demi wang insurans

https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... demi-wang-insurans/

Oleh KOSMO!
2 April 2021, 4:02 pm


Ashley meracuni anaknya dengan cara memberi dadah secara berlebihan yang dimasukkan ke dalam ubat. - Jabatan Polis Houston/New York Times

HOUSTON, TEXAS – Seorang ibu didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun bagi menuntut wang insurans nyawa, lapor akhbar New York Post hari ini.

Tertuduh, Ashley Marks, 25, didakwa membunuh anaknya, Jason Sanchez- Marks, dengan cara memasukkan campuran pelbagai jenis dadah ke dalam ubat anaknya yang menghidap batuk kering.

“Saya percaya Ashley meracuni anaknya untuk mendapatkan wang daripada dua polisi insurans nyawa yang diambil untuk anaknya sebulan sebelum kematiannya.

“Dia dengan sengaja memberi anaknya metamfetamin dan pelbagai jenis dadah dalam dos yang berlebihan,” ujar pendakwaraya di Pejabat Peguam Daerah Harris, Gilbert Sawtelle.

Sebelum kematiannya, Jason Sanchez dan adik perempuannya yang berusia empat tahun tinggal bersama datuknya selepas mereka disahkan menghidap batuk kering.

Ashley yang merupakan seorang ejen insurans berlesen di Texas dilaporkan pergi melawat dua beradik itu dan memberikan mereka ubat, namun enggan dimakan oleh anak perempuannya.

“Menurut datuknya, dia ada menghubungi Ashley selama beberapa kali dalam tempoh dua hari untuk memberitahu bahawa anak lelakinya sakit.

“Namun, kedua-dua mereka tidak mendapatkan rawatan perubatan terhadap kanak-kanak tersebut, lantas menjadikan keadannya bertambah teruk,” kata laporan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.

Kanak-kanak malang itu kemudiannya ditemui tidak bergerak oleh datuknya pada 27 Jun 2020 sebelum mati sejurus sebelum polis tiba. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak tua dari usia sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 05:08 PM | Show all posts
Bila gila duit salah tidak perbuatan dah tak dipedulikan moga dapat hukuman setimpal perbuatan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade kan kes.. Mak dia sengaja sakitkan anaknya.. Sebab dia attention seeker.. Sian anak dia kuar masuk wad. Dah sihat.. Kuar.. Pastu masuk balik.. Di dramakan pun ade.. Adelah jugak sekumpulan kecik perangai gini.. Aniayai anak.. Nakkan something
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya mak gini... semoga hidup ko penuh penyesalan seumur hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mialunar replied at 2-4-2021 09:48 PM
Ade kan kes.. Mak dia sengaja sakitkan anaknya.. Sebab dia attention seeker.. Sian anak dia kuar mas ...

Munchausen syndrome by proxy


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
White women are crazy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.463359 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list