CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1406|Reply: 1

City hanya perlukan 11 mata sahaja lagi

[Copy link]
Post time 5-4-2021 02:13 PM | Show all posts |Read mode
City hanya perlukan 11 mata sahaja lagi


JESUS (kiri) berjaya meledak satu gol ketika City mencatat kemenangan 2-0 menewaskan Leicester awal pagi semalam. – AFP


LEICESTER – Manchester City semakin hampir untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menang 2-0 ke atas Leicester City pada perlawanan yang berlangsung di Stadium King Power awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Benjamin Mendy dan Gabriel Jesus itu memastikan The Citizens terus menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Manchester United.

Selain itu, kemenangan tersebut turut menyaksikan City hanya memerlukan 11 mata sahaja lagi dalam tujuh perlawanan terakhir bagi merangkul gelaran EPL ke-5.

“Kemenangan ini akan membawa kami semakin hampir untuk menjulang gelaran Liga Perdana. Saingan ini sangat sukar, jadi sudah tentu saya gembira untuk memenanginya.

“Anda tidak boleh jangka apa akan berlaku selepas aksi antarabangsa tetapi saya percaya dengan barisan pemain. Saya tahu mereka tidak selalu percayakan saya, namun masih beraksi de-ngan baik,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

Selain itu, beliau juga gembira apabila semua pemain City masing-masing bersaing untuk mendapatkan tempat dalam ke-sebelasan utama dan ia membawa kesan positif buat pasukan.

“Apabila anda selalu menang, setiap pemain berlumba-lumba membuktikan mereka adalah yang terbaik kerana mahu terus bermain. Saya fikir ia satu perkembangan yang sangat positif,” ujarnya. – AGENSI


Sumber : https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2021 04:01 PM | Show all posts
tak bole kata ape dah
mmg nampak season ni city team yg paling stabil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054544 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list