View: 785|Reply: 0
|
Dembele ledak gol kemenangan Barca
[Copy link]
|
|
Dembele ledak gol kemenangan Barca
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/dem_1617666139.jpg)
GAYA Dembele meraikan jaringannya. FOTO AFP
Madrid: Ousmane Dembele meledak voli pada minit ke-90 ketika menewaskan Real Valladolid bagi memastikan Barcelona hanya satu mata di belakang Atletico Madrid menjelang aksi Clasico di La Liga.
Barca hampir dikecewakan dengan keputusan seri di Camp Nou dan gagal memanfaatkan peluang selepas Atletico tewas kepada Sevilla semalam. Tetapi tuah menyebelahi mereka apabila pemain Valladolid, Oscar Plano dibuang padang ketika permainan berbaki 12 minit dan Dembele menjaringkan gol kemenangan.
Keputusan 1-0 itu terbukti berharga dalam pemburuan gelaran Sepanyol dengan Barca kini bersaing sengit dengan Atletico menjelang pertembungan dengan Real Madrid yang berada tiga mata di depan pada Ahad ini.
Jika skuad Ronald Koeman menang di Valdebebas, mereka akan merampas takhta La Liga untuk sekurang-kurangnya 24 jam sebelum Atletico berkunjung ke Real Betis keesokannya.
Mereka perlu beraksi lebih baik selepas dikekang Valladolid sehingga memaksa Lionel Messi menaikkan semangat rakan sepasukan ketika menuju ke bilik persalinan.
"Kami perlu tingkatkan gear, kami perlu beraksi lebih rentak,'' kata Messi. "Jika tidak ia lebih menyukarkan kami."
Jaringan kemenangan terhasil selepas hantaran Frenkie de Jong ke dalam kotak penalti singgah di kepala Ronald Aruajo dan bola muntah pantas disambar Dembele yang merembat ke sudut kanan gawang Valladolid.
Sumber : https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|