Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
222
View
0
Reply

Bermula hobi, kini pereka kostum adi wira berjaya

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-4-2021 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Bermula hobi, kini pereka kostum adi wira berjaya


SAAT paling indah dalam hidup Raja Muhammad Rusydi apabila dapat mewakili negara dalam pertandingan World Cosplay Summit Malaysia 2019.


SEJAK kecil saya suka melihat rancangan kartun atau siri Power Rangers di kaca televisyen tempatan.

Bermula dari saat itu, saya berkeinginan untuk memiliki baju-baju hebat seperti yang tersarung pada watak tersebut, kata pembuat kostum, Raja Muhammad Rusydi Raja Mahmood.

Tidak berputus asa dan bertekad merealisasikan apa yang diimpikan, pemuda berusia 25 tahun itu kemudian mula cuba-cuba menghasilkan kostum adi wira untuk dirinya sendiri pada tahun 2012.

Pada waktu itu, pemuda yang menetap di Klang, Selangor ini menghasilkan kostum cosplay.

Bermula dengan sekadar cuba-cuba, siapa sangka minatnya di dalam bidang tersebut semakin bercambah. Lebih-lebih lagi selepas dia melanjutkan pengajian dalam jurusan Filem, Teater dan

Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Selangor.

Menyedari minatnya yang semakin mendalam dalam bidang itu, dia yang popular dengan gelaran King Rusydi itu mengambil keputusan untuk menubuhkan perniagaan mengusahakan kostumnya sendiri yang dikenali sebagai Kuramaker pada tahun 2016.

Nama sebenar Kuramaker adalah daripada perisian pembuatan cosplay iaitu Pepakura. Saya ambil perkataan kura dan membuat sesuatu dalam rekaan saya jadi saya tambah perkataan maker di belakang. Maka, tercetuslah Kuramaker.

Bermula dengan menghasilkan kostum untuk diri sendiri, saya kemudian mula berani dan menjadi bertambah yakin untuk membuat kostum tempahan syarikat-syarikat, katanya.


KOSTUM yang dibuat pemuda yang kini menetap di Klang, Selangor ini bukan sahaja telah ditempah oleh orang perseorangan, malahan beberapa syarikat turut berminat mendapatkan khidmatnya.

Bercerita lanjut, menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, pada awal penglibatannya dalam dunia tersebut, dia tidak terkecuali daripada dipandang sinis masyarakat sekeliling.

Bagaimanapun, Raja Muhammad Rusydi berjaya membuktikan usaha kerasnya itu membuahkan hasil apabila dia mampu pergi jauh dalam bidang penghasilan kostum selepas berjaya mewakili Malaysia untuk pertandingan cosplay iaitu World Cosplay Summit 2019 Malaysia.

Bermula daripada saat itu, dia mula mendapat sokongan daripada orang sekeliling termasuk keluarga sendiri.

Selain duit makan, perkara yang mendorong saya dalam dunia pembuatan sudah tentunya hobi.

Ini kerana, saya suka menghasilkan sesuatu daripada tangan dan hasil titik peluh sendiri, ceritanya lagi.

Baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan hati sekitar awal tahun lalu, Raja Muhammad Rusydi menyifatkan penglibatannya dalam dunia pembuatan kostum sebagai pengalaman paling berharga dalam hidupnya.

Ini merupakan pengalaman paling berharga kerana tiada siapa yang akan mengajar kita jika kita sendiri tidak memulakan sesuatu.

Paling manis apabila berjaya meraih kemenangan pertama di dalam pertandingan Anime Saiko 2017-Solo Competition. Kemenangan tersebut merupakan pembuka mata saya untuk menapak satu langkah lagi ke hadapan dan membesarkan perniagaan Kuramaker.

Sepanjang lebih lima tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya bersyukur kerana mendapat sokongan ramai yang saya sudah pun menganggap seperti keluarga sendiri, ceritanya lagi.

Bagaimanapun, akui perniagaan yang dijalankan terkesan dengan pandemik, ia tidak menghalang Raja Muhammad Rusydi daripada membuat perancangan memajukan syarikatnya ke peringkat seterusnya.

Buat masa ini, saya mahu menstabilkan kewangan untuk menyara isteri dan perniagaan selain mencari studio kecil buat Kuramaker.

Sejak pandemik, perniagaan Kuramaker agak sukar untuk menerima pelanggan kerana tiada sebarang jemputan diterima.

Apapun, saya berharap Kuramaker berjaya menjadi sebuah syarikat besar dan mempunyai ribuan komisen selain mampu membanggakan negara, katanya.

Sumber : https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list