CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13116|Reply: 102

[Tempatan] Ahli fisioterapi jatuh cinta dan berkahwin dengan pesakitnya yang lumpuh dari pi

  [Copy link]
Post time 6-4-2021 09:54 PM | Show all posts |Read mode
'Saya bagaikan bermimpi sudah berkahwin' [METROTV]
Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



Setiu: "Saya berasa seperti mimpi apabila sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang menerima diri saya seadanya," kata Mohammad Sobri Aripin, orang kurang upaya yang lumpuh paras pinggang ke bawah.

Kisah Mohammad Sobri, 37, mendapat perhatian selepas adik bongsunya, Muhammad Aidil Aripin, 27, berkongsi video di TikTok berkaitan kisahnya yang bertemu jodoh dengan ahli fisioterapi, Nurul Ameerah Razali, 29.

Mohammad Sobri dan Nurul Ameerah sah menjadi suami isteri selepas diijabkabulkan di Pejabat Agama Daerah Setiu, Terengganu, 21 Mac lalu.

Perkongsian video itu mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya kagum dengan Nurul Ameerah kerana sanggup menerima kekurangan Mohammad Sobri yang lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal pada 24 November 2006.

Menurut Mohammad Sobri, dia berkenalan dengan isterinya selepas mula menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Setiu, Terengganu pada Ogos tahun lalu.

Katanya, pada awalnya hubungannya dengan isteri sekadar pesakit dan ahli fisioterapi serta tidak lebih daripada itu.

Sobri berkongsi video di TikTok berkaitan kisahnya yang bertemu jodoh dengan ahli fisioterapi, Nurul Ameerah Razali, 29.

"Namun isteri rupanya menyimpan niat berkenalan dengan saya tetapi meminta bantuan rakannya untuk menyampaikan hasrat itu.

"Saya sangkakan rakannya sekadar bergurau sehingga menerima kiriman WhatsApp pertama daripada isteri pada 25 Januari lalu.

"Bertitik-tolak daripada situ, kami mula berkenalan dan akhirnya timbul keserasian hingga sepakat mendirikan rumah tangga," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohammad Sobri berkata, perkahwinannya dan isteri tidak mendapat halangan sebaliknya direstui kedua-dua belah keluarga.

"Sebelum berkahwin, isteri sudah meminta izin dan restu daripada ibunya.

"Alhamdulillah, ibunya tidak menghalang cuma keluarga saya sahaja yang menyangka saya bergurau ketika meluahkan hasrat untuk berkahwin.

"Jujurnya, saya bersyukur kerana dapat mengakhiri zaman bujang dan terharu apabila isteri mengakui ikhlas berkahwin dengan saya," katanya.

Disiarkan pada: April 5, 2021 @ 8:00pm


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ciknek berfungsi tak... Hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2021 10:12 PM | Show all posts
bukan tak boleh ka perawat ada hubungan dengan pesakit, boleh tarik lesen?

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 6-4-2021 10:12 PM
Ciknek berfungsi tak... Hmm

Pandai lah isteri dia nak kasi fisio.

Ada ja kes suami bedridden tup2 isteri pregnant. Yang penting jgn malu mencuba.


Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Duda ank 3 ke tu? Moga kekal hingga ke jannah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
zamnie replied at 6-4-2021 02:54 PM
Duda ank 3 ke tu? Moga kekal hingga ke jannah

Katanya syukur dpt mengakhiri zaman bujang.. bukan duda la maksudnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 6-4-2021 10:12 PM
bukan tak boleh ka perawat ada hubungan dengan pesakit, boleh tarik lesen?

Kannn. Exactly my thoughts. Boleh ke mengurat2 mcm tu and sheols pulak yg started 1st move.
Lagi satu, boleh ek physiotherapist wanita, pesakitnya lelaki? Cemana pegang2 tu semua?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 6-4-2021 11:00 PM
Katanya syukur dpt mengakhiri zaman bujang.. bukan duda la maksudnya..

Mana tau status dia bujang "kembali"? Kihkih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jodoh nyaa nak kata apoo kan... Smoga bbahagiaa hingga ke ank cucu jer laa
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 11:31 PM | Show all posts
bila cinta berputik..hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 11:39 PM | Show all posts
tahniah semoga berkekalan
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
zamnie replied at 6-4-2021 10:54 PM
Duda ank 3 ke tu? Moga kekal hingga ke jannah

Duda apa nya accident tahun 2006 (back calc masa umur 22 tahun)
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham org yg suka pertikai begitu begini jodoh org ...
Klu dia suka dia nak first move .. apa masalahnya ...?

Kawen semata mata .. nak cik nek cik tat je ke ..?
If semua org pikiaq macam hangpa .. hidup ni mmg xdak nilai dah ..


Btw tahniah pengantin ..
Aku paham apa yg ameerah ni rasa ..
Rasa nak sayang nak jaga org tu sampai akhir hayat .. soMething yg tak semua org ada
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kadang yg perfect couple pun boleh bercerai berai bila x boleh terima kekurangan masing2. ini terang2 boleh terima kekurangan pasangannya moga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih i stalk profile wife nya. Pertengahan thn last year still bersuami. Cpt jodoh sampai..  
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 7-4-2021 03:54 AM
Gigih i stalk profile wife nya. Pertengahan thn last year still bersuami. Cpt jodoh sampai..

25 jan lalu means this year la..
Ke 25 jan tahun lepas masa masih bersuami..
Kalau this year, mac da kawin.. wow..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2021 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka bini nampak mcm umur 40 an..... rupanya baru 29...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
si suami mgakhiri zmn bujang? means teruna lah kan.. jad sibini janda ank 3 lh kot, ank rapat2..mybe kawin awal sblm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 7-4-2021 03:54 AM
Gigih i stalk profile wife nya. Pertengahan thn last year still bersuami. Cpt jodoh sampai..

Mak jan ehh??
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus apa durang kawin..haih mcm2 kowang komen..tahniah pasangan.besar pahala jaga org sakit ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.302523 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list