Pertandingan Ratu Cantik Miss Eco International 2020 baru sahaja melabuhkan tirainya dengan kemenangan berpihak kepada peserta dari negara Afrika Selatan.
Tetapi, bukan itu yang menggemparkan media sosial, sebaliknya adegan yang tidak diingini di pentas pertandingan itu yang lebih menyerlah. Sementelah lagi ia membabitkan peserta dari Asia Tenggara, yakni Indonesia dan Thailand.
Semuanya gara-gara kedua-dua ratu tersebut tidak boleh berbahasa Inggeris.
Dalam sebuah video di aplikasi TikTok menunjukkan Miss Eco Indonesia menggunakan khidmat penterjemah dalam sesi ujian IQ. Malangnya, dia gagal memberikan jawapan lancar sehinggakan penterjemah dilihat terkial-kial mengalihnya ke dalam bahasa Inggeris.
Ianya membuatkan netizen berasa kasihan dengan peserta dan juga penterjermah. Salah siapa?
Foto :Tik Tok
Tidak hanya Indonesia, Miss Eco Thailand turut berhadapan masalah serupa. Lebih parah, dia meminta juri mengulang soalan hingga pengacara terpaksa menjelaskan soalan tersebut.
Penterjemah pula akhirnya memberikan jawapan dalam bahasa Arab. Cacamarba!
Netizen dari negara masing-masing turut memberikan ulasan bahawa ianya bukan salah penterjemah, tetapi mengapa Ratu Cantik tidak boleh berbahasa Inggeris, kata International?
Foto : Tik Tok
Selain mempersoalkan kriteria peserta yang tidak boleh berbahasa Inggeris, penganjuran juga tidak berada di tahap yang sepatutnya.
Sebagai info, ujian IQ diadakan kepada Top 10 peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir dan Malaysia tidak tersenarai.
Bagaimanapun, Malaysia menjadi pemenang Miss Eco International 2019 menerusi Amy Nur Tinie Abdul Aziz.
Jadi, apa pendapat anda? Adakah ianya juga publisti hingga ramai yang memperkatakan pertandingan ini? - CARI
|