CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] [‘audio bocor’ Zahid + Anwar] UPDATE #49, Rakaman audio fitnah, tipu helah pimpi

  [Copy link]
Post time 9-4-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nuart : hebat la ucapan you..terbaik!
Ponorogo : ala..itu hanya taktikal

Bodo punya ponorogo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2021 11:01 AM | Show all posts
sam1528 replied at 9-4-2021 10:03 AM
Dah jelas ... party assobiyyah ni semakin berpecah

Masa PAU 2020 , geng anti PPBM kenakan gemg pr ...


Jika kedua2nya menafikan suara mereka, bermakna audio itu palsu, kesalahan memfitnah..
mangsa boleh menyaman yg membuat fitnah...polis boleh buat siasatan..
mungkin menggunakan suara orang lain utk meniru suara orang.

Tapi jika audio itu benar suara mereka, jadi tiada keperluan untuk membuat laporan polis.
Lembaga Displin Umno kena ambil tindakan keatas Presiden.

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 11:13 AM | Show all posts
Langkah terdesak

zahid tak ada jawatan dalam kerajaan, pun derang terus serang

kot ye pun derang berdua berborak apa ada hal

tapi itu cubaan puak tertentu yang takut dengan umno

derang nak suruh akar umbi marah pada presiden

tapi akar umbi bukannya jenis mahacai atau RBA PH
yang tak guna otak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 03:09 PM | Show all posts
setia pada parti ok lagi tapi setia pada individu mmg hamis
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 06:15 PM | Show all posts
dizekni replied at 9-4-2021 11:13 AM
Langkah terdesak

zahid tak ada jawatan dalam kerajaan, pun derang terus serang

ini gadoh antara korang la.nak jatuhkan presiden sendiri.pehal lak nak petik2 ph lakss?boooo
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 06:24 PM | Show all posts
bagi aku audio neh sama level je dgn audio scheme of things langkah sheraton yg bersepah dari abahcow,madey kerala.cuma ini nak jatuhkan zahid.dari ph sendiri takde benda pun diorg lagi nak kuatkan jentera pilihanraya.tapi umngok baru nak terhegeh-hegeh nak tendang presiden.bodoh x leh ajar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2021 06:43 PM | Show all posts
alesandra replied at 9-4-2021 06:24 PM
bagi aku audio neh sama level je dgn audio scheme of things langkah sheraton yg bersepah dari abahco ...

Audio nie asli atau palsu, takder kerugian pada PH sebenarnya. Mungkin ada sentiment anti Anwar, tetapi yang terjejas teruk ialah Zahid sendiri dan UMNO. Kalau tengok sekarang pun, Zahid yang kena tekanan dari dalam parti, sedang kan PH setuju nak jadikan Anwar as a next PM...

Yang orang nak salah kan PH dalam hal nie, rasa nya boleh di abai kan saja lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 06:53 PM | Show all posts
Reymz replied at 9-4-2021 06:43 PM
Audio nie asli atau palsu, takder kerugian pada PH sebenarnya. Mungkin ada sentiment anti Anwar, t ...

ntah kann?...yg menggelupur skrg puak2 umngok.dari ph sendiri pun tk mcm x terkesan pun.like..yeke apa2 jela .move forward..jalan terus.tapi tula  jenis dengki tak boleh tgk org senang.. nakkkkk jugak drag ph rba dapiq dlm hal ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa masalah audio tu. Biar lah diaorang nak sembang pun. Ahli politik kat luar bergaduh tapi lepas tu boleh coffee sama2. Audio kecoh tapi video semburit tunjuk punai azmin taknak mengaku pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul pun sila dakwa gang annuar Musa sebab mereka yg record n sebar kan private conversation antara 2 president party.. Lepas Tu buang mereka terus keluar dari umno.... padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang je mcm abahcow sembang scheme of things.... Tapi abahcow mmg kasi jawatan pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu imagine wajah PM2 kita....mula2 Tunku Abdul Rahman, sebelah tu Tun Razak...then Tun Hussein Onn...Tun Mahathir...Tun Abdullah....DS Najib...sekali kat hujung Maidin Abahcow....Ya Allah... lemau rasanye yg last tu xde aura langsung...bila tengok 1 hingga 7 rasa bangga tu ada ....especially Najib yg maju kan negara bertingkat2 jauh....yg 8 tu sorry lah muka busuk takde aura ...rs mcm nak baling jer dgn slipper....mana nak letak muka bila gambar tu di gantung kat Jabatan kerajaan , Musium ke,  kat Petronas gallery ke....aduhhhhh....malang betul Malaysia dgn muka bawak suweiii tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg samakan so called leaked conversation ni mcm yg katanya dari Abah MAHIADDIN yg prihatin lagi berpenjana dulu padahal x sana langsung..

Yg so called leaked from Abah MAHIADDIN yg prihatin lg berpenjana tu ada unsur sogokan sedangkan perbualan so called leaked from si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa depa kata tu xder plak unsur sogokan cuma sembang tanya khabar jer....

Apapun haramjadah sungguh si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa depa kata tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 08:36 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 7-4-2021 04:08 PM
tulah wak...dulu kalo ko xjoin langkah sheraton...xdela pening2 kiri kanan
teringat dulu wak ckap s ...

tulah Tun M dah tau apa nak buat dan dah atur yg terbaik utk rakyat semasa dia jadi interim PM.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 11:05 AM | Show all posts
marea replied at 8-4-2021 10:18 AM
Dirty politics. Bayangkan.. Anwar or Zahid jadi PM. Omg. Can we have someone else? Just someone else ...

atok atau assmin?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 10-4-2021 11:05 AM
atok atau assmin?

Semua tak best. Muka lama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasihat pada orang Umno biar Zahid jadi ketua korang. Jangan di suruh letak jawatan. Zahid kan ok orang nya. Nanti PRU kalau takda Zahid parah korang nanti. Orang lain semua tak boleh harap. Zahid jer yang boleh buat korang menang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sounds like me, looks like me, most definitely me




Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:42 AM | Show all posts
Sukar yakinkan rakyat audio Anwar-Zahid palsu, kata Rais
Apr 10, 2021 12:13 PM

Yang di-Pertua Dewan Negara Rais Yatim hari ini berkata sukar bagi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Anwar meyakinkan rakyat untuk menafikan rakaman audio perbualan yang berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini kerana ramai orang yang mengenali suara kedua-dua mereka.

Dalam sebuah ucapan di Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-anak Melayu Negeri Sembilan beliau menjelaskan isu penafian Anwar dan Zahid disifatkan tidak meyakinkan lantaran mereka berdua adalah tokoh yang dikenali.

“Anwar dan Zahid sukar untuk yakinkan rakyat begitu sahaja lantaran kedua- dua pemimpin ini dikenali ramai. Lunaknya, intonasinya, kepimpinannya, dikenal oleh masyarakat.

“Jadi kalau dinafi, penafian itu harus substantive,” kata Rais.

Beliau turut menggesa rakaman audio tersebut disiasat dengan bantuan pakar forensik, bagi membuktikan suara tersebut adalah milik dua orang pemimpin itu.

Dalam rakaman berdurasi empat minit didedahkan MalaysiaNow, suara perbualan seakan dua pemimpin parti politik itu saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan-perwakilan Umno bersetuju dengan usul Zahid supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Dalam rakaman itu juga, Zahid didengar turut berterima kasih atas sokongan moral Anwar kepadanya.

MalaysiaNow yang menerima rakaman tersebut melalui sumber yang dipercayai boleh mengesahkan suara-suara yang dirakam tersebut adalah tulen milik dua pemimpin parti itu.

Kedua-dua pemimpin parti itu juga turut menafikan perbualan tersebut, dan menghantar pegawai masing-masing untuk melaporkan perkara berkenaan kepada polis.

Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador turut menggesa kedua-dua pemimpin parti politik itu untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis jika mereka benar-benar difitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 05:43 PM | Show all posts
'Dulu saya pegawai Anwar, itu suaranya'
Ahmad Suhael Adnan - April 11, 2021 @ 5:10pm

GOMBAK: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yakin rakaman audio mirip suara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, adalah sahih.

Sebagai bekas Setiausaha Sulit Anwar, Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yakin Ahli Parlimen Port Dickson itu serta Ahmad Zahid adalah individu dalam rakaman berkenaan.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang pernah berjuang bersama Anwar selama lebih 20 tahun, menggesa Ketua Pembangkang itu dan Ahmad Zahid tampil jujur mengenai rakaman perbualan berkenaan.

"Saya lama berkhidmat dengan Anwar dan pernah menjadi Setiausaha Sulit beliau.

"Saya yakin itu adalah rakaman sahih, yang akan dibuktikan melalui penyiasatan yang akan dilakukan.

"Kita berharap kedua-dua individu ini perlu jujur, sekurang-kurangnya kepada ahli parti masing-masing," katanya ketika ditemui media selepas Program Semarak Malaysia Prihatin dan Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan Parlimen Gombak di sini, hari ini.

Beliau mengulas audio perbualan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar yang tersebar sejak Selasa lalu, antara lain berkisar soal perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, yang menyentuh pendirian UMNO untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU, PKR, DAP dan Anwar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, dipersetujui sebulat suara perwakilan PAU.

Rakaman audio sepanjang 4.16 minit itu turut menyentuh pendirian menteri daripada UMNO yang didakwa tidak berani meletak jawatan disandang, serta persetujuan Ahmad Zahid diberi kuasa oleh perwakilan PAU untuk menentukan tempoh menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR, menyifatkan kandungan perbualan telefon itu sebagai pengkhianatan oleh Anwar kepada partinya dan juga DAP serta Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Saya kira ini adalah pengkhianatan terbesar dilakukan Anwar, bukan sahaja kepada parti sendiri tapi juga kepada anggota komponen Pakatan Harapan (PH) kerana secara sulit menjalankan rundingan dan perbincangan.

"Kita menuntut siasatan segera dijalankan. Ini akan memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk membela diri," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.624936 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list