Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
576
View
4
Reply

Tak Nak Isteri Masuk Jel, Akhirnya Diri Sendiri Kena 8 Bulan

[Copy link]

Author: CARI-MAL       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2021 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki di negeri Virginia Barat, Amerika Syarikat dihukum penjara lapan bulan selepas mengaku bersubahat memalsukan kematian isterinya bagi mengelakkan wanita itu dipenjarakan, lapor akhbar Daily Star hari ini.


Rodney Wheeler yang menjalani hukuman itu kelmarin memberitahu polis sebelum ini bahawa isterinya, Julie Wheeler dikhuatiri mati selepas terjatuh dari sebuah tebing ketika dia mencari anting-antingnya pada 31 Mei 2020.




Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat Julie yang melibatkan ratusan petugas kecemasan dan sukarelawan. C WTRF/Daily Star





Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat selama dua hari di sekitar Taman Negara New River Gorge melibatkan beratus-ratus petugas kecemasan dan sukarelawan.


Dalam masa dua hari tersebut, Rodney berpura-pura memuat naik status di Facebook memohon agar Julie pulang dengan selamat.


Status sedih yang dimuatnaik Rodney yang berpura-pura kehilangan isterinya itu. C Facebook/Daily Star
Saya menerima banyak mesej peribadi, jadi saya berasa terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. Kemalangan di Grandview itu melibatkan isteri saya.


Mereka (pasukan penyelamat) masih belum menemuinya namun, saya berharap agar dia dijumpai dan dalam keadaan yang baik.


Saya berasa kecewa dan buntu pada masa ini, namun saya perlu terus yakin. Tolong beri kami masa untuk menyelesaikan perkara ini dan tolong berdoa untuk kami, tulis Rodney di akaun Facebook miliknya.


Bagaimanapun, taktik licik suami isteri itu terbongkar apabila akhirnya polis menjumpai Julie bersembunyi di dalam almari di rumah mereka.


Sebelum itu, Julie dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan bagi satu kesalahan penipuan penjagaan kesihatan.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-4-2021 10:42 AM | Show all posts
Vongok tanpa batasan..x pasal2 menyusahkan org lain..petugas kecamasan n sukarelawan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat selama dua hari di sekitar Taman Negara New River Gorge melibatkan beratus-ratus petugas kecemasan dan sukarelawan.

Hanat betul.. Kesian la kat org yg betul2 usaha mencari ingatkan hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:00 PM | Show all posts
Membazir resources untuk perkara yang sia-sia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:39 PM | Show all posts
Menyusahkan orang lain je nasib kantoi juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list