CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 4

Tak Nak Isteri Masuk Jel, Akhirnya Diri Sendiri Kena 8 Bulan

[Copy link]
Post time 8-4-2021 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki di negeri Virginia Barat, Amerika Syarikat dihukum penjara lapan bulan selepas mengaku bersubahat memalsukan kematian isterinya bagi mengelakkan wanita itu dipenjarakan, lapor akhbar Daily Star hari ini.


Rodney Wheeler yang menjalani hukuman itu kelmarin memberitahu polis sebelum ini bahawa isterinya, Julie Wheeler dikhuatiri mati selepas terjatuh dari sebuah tebing ketika dia mencari anting-antingnya pada 31 Mei 2020.




Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat Julie yang melibatkan ratusan petugas kecemasan dan sukarelawan. – WTRF/Daily Star





Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat selama dua hari di sekitar Taman Negara New River Gorge melibatkan beratus-ratus petugas kecemasan dan sukarelawan.


Dalam masa dua hari tersebut, Rodney berpura-pura memuat naik status di Facebook memohon agar Julie pulang dengan selamat.


Status ‘sedih’ yang dimuatnaik Rodney yang berpura-pura kehilangan isterinya itu. – Facebook/Daily Star
“Saya menerima banyak mesej peribadi, jadi saya berasa terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. Kemalangan di Grandview itu melibatkan isteri saya.


“Mereka (pasukan penyelamat) masih belum menemuinya namun, saya berharap agar dia dijumpai dan dalam keadaan yang baik.


“Saya berasa kecewa dan buntu pada masa ini, namun saya perlu terus yakin. Tolong beri kami masa untuk menyelesaikan perkara ini dan tolong berdoa untuk kami,” tulis Rodney di akaun Facebook miliknya.


Bagaimanapun, taktik licik suami isteri itu terbongkar apabila akhirnya polis menjumpai Julie bersembunyi di dalam almari di rumah mereka.


Sebelum itu, Julie dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan bagi satu kesalahan penipuan penjagaan kesihatan.




Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 10:42 AM | Show all posts
Vongok tanpa batasan..x pasal2 menyusahkan org lain..petugas kecamasan n sukarelawan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat selama dua hari di sekitar Taman Negara New River Gorge melibatkan beratus-ratus petugas kecemasan dan sukarelawan.

Hanat betul.. Kesian la kat org yg betul2 usaha mencari ingatkan hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:00 PM | Show all posts
Membazir resources untuk perkara yang sia-sia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 01:39 PM | Show all posts
Menyusahkan orang lain je nasib kantoi juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.078452 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list