Geng brutal yang merakam detik mereka membunuh dan memotong bahagian tubuh seorang gadis serta memasukkannya ke dalam sebuah beg pakaian, berjaya ditangkap selepas sebuah jengkaut 'tergali' mayat berkenaan.
Gabriela Lima Santana, 21, dilaporkan hilang pada 13 Mac, sehari sebelum hari jadinya, dan ditemui mati pada 24 Mac dalam serangan balas yang disyaki dilakukan oleh musuh kepada kumpulan yang disertainya.
Mayatnya ditemui di parit saliran oleh pekerja bandaran yang mengendalikan kerja pembuangan sampah di Capao da Canoa, selatan Brazil.
Kredit foto: Police handout
Menurut polis, salah satu lengan Gabriela ditemui ketika jentera tersebut mengaut sampah.
Tubuh, kepala, kaki dan lengan Gabriela kemudian ditemui dalam beg pakaian, lapor laman berita Caboco.
Dua bilah pisau dan gergaji turut dijumpai di dalam bagasi dan dipercayai digunakan untuk memotong gadis berusia 21 tahun itu.
Gadis itu dikenal pasti menerusi tatu khas pada tubuhnya, di mana salah satunya didakwa dikaitkan dengan geng tempatan.
Penemuan mayat gadis itu kemudian dikaitkan dengan sebuah video ngeri yang diterima polis pada 1 Mac, yang menunjukkan mayat seorang wanita dilapah di bilik mandi.
Dua individu telah diberkas setakat ini. -CARI
Sumber: mStar/ Dailystar |