CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5481|Reply: 57

[Tempatan] Sabah dan Sarawak bukan 'negeri' iya malah lebih tinggi yakni 'wilayah'

[Copy link]
Post time 9-4-2021 02:00 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Rakyat negeri ini diminta menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan berhubung berita tular dalam media sosial mendakwa terma panggilan Sabah dan Sarawak ditukar kepada 'Wilayah' yang berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata ini kerana pengumuman mengenai perkara besar dan penting seperti itu harus datang daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau pihak berkuasa yang sewajarnya.

Malah, katanya, beliau sendiri tidak mengetahui siapa yang menyebarkan berita itu dalam media sosial atau punca maklumat berhubung perkara berkenaan.

"Namun jika bukan datang daripada JPM atau pihak lain yang ada 'locus standi', jangan percaya.
Disyorkan Untuk Anda

    Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah 11 Ogos
    Sabah akan ikut langkah Sarawak meterai perjanjian dengan PETRONAS
    Kerajaan setuju pinda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan
    Perwakilan Sabah, Sarawak mahu kuota Naib Presiden

"Kita tunggu saja perkembangan lanjut," katanya pada sidang media, di sini, malam tadi.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menjelaskan, isu penggunaan istilah 'Wilayah' untuk Sabah dan Sarawak memang ada disebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengadakan lawatan ke Sarawak, minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, belum ada kata putus mengenai perkara itu kerana ia memerlukan penelitian lanjut, termasuk untuk membezakan istilah 'Wilayah' bagi Sabah dan Sarawak dengan yang sedang digunakan pada Labuan.

"Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sarawak, baru-baru ini, ada menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak bukan negeri tetapi lebih tinggi, iaitu wilayah.

"Wilayah yang dimaksudkan ialah dalam konteks penubuhan Malaysia di mana ada tiga wilayah, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu bercantum membentuk federasi (persekutuan).

"Ini bererti ia tidak setaraf dengan negeri di Semenanjung, sebab itu disebut wilayah. Namun, ada kekeliruan sebab Labuan juga disebut wilayah. Justeru, ia perlu dilihat sebagai satu interpretasi berbeza.

"Istilah 'Wilayah' bagi Labuan adalah lebih rendah daripada negeri. Namun, istilah 'Wilayah' bagi Sabah adalah lebih tinggi daripada negeri di Semenanjung dalam konteks penubuhan Malaysia," katanya.

Jeffrey turut berpandangan pada masa akan datang, ketiga-tiganya hanya perlu disebut Sabah, Sarawak dan Semenanjung tanpa negeri, bagi menepati maksud setaraf dalam konteks penubuhan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tidak timbul persoalan baik ataupun buruk berhubung penggunaan istilah 'Wilayah' untuk Sabah dan Sarawak.

"Istilah itu adalah untuk membezakan Sabah dan Sarawak dengan negeri lain di Semenanjung. Kita tidak sebut Negeri Sabah atau Negeri Sarawak tetapi kita sebut perkongsian sama taraf dengan Semenanjung.

"Tiga entiti ini, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung, adalah setaraf tidak kira sama ada istilahnya disebut wilayah ataupun apa. Yang penting ialah maksud menunjukkan ketiga-tiganya adalah setaraf," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 09:46 AM | Show all posts

Mana pejuang tegar MA63 si @cmf_shalom
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:21 AM | Show all posts
axl_bach replied at 10-4-2021 09:46 AM
Mana pejuang tegar MA63 si @cmf_shalom

Utk BM-pecahan kepada tiga wilayah, Sabah, Sarawak dan Semenanjung-dlm konteks ini wilayah dalam BM boleh diterima

Namun utk bahawa MA63-english-State itu mesti kekal..sebab ianya bahasa perundangan.

Tetdapat perbezaan antara Persekutuan Malaya dengan Persekutuan Malaysia.

Persekutuan Malaya terbentuk secara holding together..sementera persekutuan Malaysia terbentuk secara coming together

State bg Persekutuan tbentuk secara holding together tidak sama dengan state yg terbentuk secara coming together

Holding together-beberapa wilayah dikumpul menjadi satu dan dimerdekakan dalam satu entiti-seperti Tanah Melayu

Coming together beberapa buah negara berlainan bergabung dalam Persekutuan-spt Malaysia (ini disebut dengan jelas dlm laporan Cobbold).

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:23 AM | Show all posts
untuk BM-Malaysia ini terbahagi kepada 3 wilayah-kira sesesuai la...tp utk bahasa teknikal/perundangan kekalkan atau balik semula kepada versi asal 1963.

Malaysia ini berkonsepkan confederation sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Baiklah wilayah sarawak...redho
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 11:46 AM | Show all posts
mosti replied at 15-4-2021 11:33 AM
Baiklah wilayah sarawak...redho

ini bukan soal redho..

ini soal hak...yg sepatutnya milik Sabah/Sarawak sebagai syarat mereka setuju bersama membentuk Malaysia.

Tapi hak ini 50n tahun telah dinafikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2021 12:18 PM | Show all posts
keluar ajala dari Malaysia, cubela berani sket cm singapore

tiap hari makin mengada2 dgn mcm2 isu




Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:34 PM | Show all posts
batmana replied at 15-4-2021 12:18 PM
keluar ajala dari Malaysia, cubela berani sket cm singapore

tiap hari makin mengada2 dgn mcm2 isu ...

ek leh...

Itu pun Singapura bantu Malaya draf perjanjian keluar Malaysia...mmg dorg comolot pun..apa lak gaduh2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 12:43 PM | Show all posts
Cerita dongeng..Malaya terajang singapura


Sekali belah sana buka rahsia...belah sana pula bantu malaya drafkan perjanjian pisah


Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak jadi ngan Sarawak sekarang.  Sedih betul.  Belah sana cakap pkp belah sini cakap tunggu... Aiseh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:45 PM | Show all posts
tau x..pemimpin Malaya+Singapura siap menganjurkan parti berdanza lagi meraikan talak 3...

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyap sunyi dah sesi nego MA63. Wilayah sabah sarawak pilihlah wakil rakyat terbaik, bkn kaki melompat dan prnuhkan poket sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:48 PM | Show all posts
syaz_lina replied at 15-4-2021 12:46 PM
Senyap sunyi dah sesi nego MA63. Wilayah sabah sarawak pilihlah wakil rakyat terbaik, bkn kaki melom ...

banyak dah pencapaian...

Petronas dah tiada kuasa ke atas peraiaran SS

Semuanya kena lalu Sarawak skrg.,

Ak sebab jarang masuk CI dah-tu yg x update perkembangan semasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:49 PM | Show all posts
Cubaan abahcow nak tarik pengundi borneo. Macai jah yg mudah terkena taktik lapok ni. Setakat tukar nama jah buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:50 PM | Show all posts


Perkembangan semalam:

SARAWAK KAWAL 100% PENGEDARAN MINYAK DAN GAS

SATU detik bersejarah tercipta semalam apabila Kerajaan Malaysia bersetuju menyerahkan 100% kawalan ke atas pengedaran minyak dan gas kepada Sarawak.  Sekaligus ianya juga mengiktiraf Distribution Oil and Gas Ordinance 2016.  Keputusan bersejarah ini diambil ketika Mesyuarat Khas Perjanjian Malaysia 1963 yang diadakan secara maya yang mana ianya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Turut menghadiri siding mesyuarat itu adalah Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama-sama dengan menteri cabinet Sabah dan Sarawak.

Bagi Kerajaan Sabah pula turut mendapat perkhabaran gembira apabila Kerajaan Persekutuan bersetuju menyerahkan semula pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Sabah.  

Pautan berita penuh:

[color=var(--blue-link)]https://www.theborneopost.com/.../administration-of.../

Tahniah Kerajaan Sarawak atas kejayaan bersejarah ini.  Sedikit demi sedikit kita mendapat apa yang menjadi hak kita selama ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:50 PM | Show all posts
marla69 replied at 15-4-2021 12:45 PM
Apa nak jadi ngan Sarawak sekarang.  Sedih betul.  Belah sana cakap pkp belah sini cakap tunggu... A ...

SDMC melebih2 drpd MKN, nak tunjuk kuasa autonomi negeri lah tu, tpi akhirnya menyusahkan rakyat negeri sendiri. Meluat tgok kerajaan negeri srawak ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2021 12:51 PM | Show all posts
Pulau Sipadan dan Ligitan telah dipulangkan kepada Sabah oleh Persekutuan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:53 PM | Show all posts
SHELL pun akan pindah dari KL ke Miri

OTA SAMARAHAN: Langkah syarikat multinasional, Shell Malaysia untuk memindahkan pusat operasi serantaunya di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah ke Miri akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi di bandar utara Sarawak itu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata pengurusan Shell Malaysia telah memaklumkan keputusan itu kepada beliau dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur minggu lalu.

"Staf mereka dari KL (Kuala Lumpur) akan berpindah ke Miri, staf di KK (Kota Kinabalu) juga akan ke Miri dan Miri akan menjadi pusat operasi serantau mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu perhimpunan bersama masyarakat Samarahan di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun pengurusan syarikat itu tidak memberikan alasan spesifik mengenai perpindahan itu semasa mesyuarat berkenaan tetapi beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan membantu mereka dalam urusan berkaitan.

Beliau berkata satu meja khas untuk mengendalikan permintaan Shell Malaysia akan disediakan di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk memudah cara pemindahan pusat operasi mereka ke Miri.

"Mereka (Pengurusan Shell Malaysia) memohon (kepada Kerajaan Negeri Sarawak) untuk memudah cara pengeluaran pas kerja kerana kebanyakan staf mereka adalah ekspatriat, bukan warga Sarawak.

Anda bayangkan secara kasar 2,000 (staf Shell yang akan datang) … juga sudah pasti kontraktor mereka (akan mengikuti kemudian)," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:54 PM | Show all posts
Hantar balik PATI2 Borneo yang bersepah kat Malaya ni boleh? Masuk mana pernah nak chop passport

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2021 12:56 PM | Show all posts
Polis Marin Sarawak pun  telah ditubuhkan minggu lepas

Sarawak Coast Guard sets sail, new agency to protect state’s resources (Video)


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.100407 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list