View: 2468|Reply: 4
|
“Sampai sekarang terfikir”- Ini 5 Misteri Tentang Tubuh Badan Yang Belum Dirungk
[Copy link]
|
|
“Sampai sekarang terfikir”- Ini 5 Misteri Tentang Tubuh Badan Yang Belum Dirungkai Sehingga Kini
Walaupun kita dah hidup dalam tubuh badan kita ini dah bertahun-tahun, tapi ada juga beberapa perkara yang kita tak tahu pun kenapa dia terjadi. Saintis siap buat kajian tapi sampai sekarang masih menjadi tanda tanya.
Ini 5 misteri tentang tubuh badan yang sampai sekarang tak dapat lagi jawapan dia.
Kenapa kita ada cap jari?
Uniknya cap jari yang Tuhan ciptakan ini sampai tak ada sorang pun kat dunia ini yang ada cap jari yang sama dengan siapa-siapa. Korang bayangkan ada berbillion manusia dekat dunia ini, maksudnya ada berbillion juga la cap jari di dunia ini.
Tapi pernah tak korang terfikir kenapa kita ada cap jari? Selama ini, saintis ingatkan yang cap jari ini fungsi dia untuk membantu manusia cengkam objek dengan lebih kukuh. Tapi, rupa-rupanya cap jari ini hanya mengurangkan jumlah permukaan kulit yang memegang objek. So, memang tak ada kena mengena dengan cengkaman objek.
Walaupun sudah wujud macam-macam teori mengenai cap jari yang kononnya boleh melindungi diri dan juga memberikan sensitiviti sentuhan, saintis masih lagi belum jumpa jawapan yang sebenar-benarnya terhadap persoalan ini.
Kenapa kita ada tangan dominan?
Setiap orang mesti ada tangan dominan yang diorang pakai untuk buat semua benda. Kebanyakan orang guna tangan kanan untuk buat aktiviti harian. Tapi, ada juga yang gunakan tangan kiri sebagai tangan dominan. Kiranya setiap orang tak sama la tangan dominan diorang.
Kalau kita fikir balik, kenapa kita hanya ada sebelah tangan yang menjadi dominan walaupun fungsi kedua-dua belah tangan sama sahaja? Pelik juga kan.
Walaupun katanya manusia ini berevolusi, tapi terfikir juga kenapa manusia masih tidak berevolusi untuk mempunyai dua belah tangan yang mempunyai kemahiran yang sama. Cuba korang try petik jari guna tangan kanan dan kiri. Mesti ada sesetengah daripada korang yang boleh petik jari guna satu belah tangan je.
Kenapa kita menguap?
Korang tahu tak? Sebenarnya kita start menguap daripada dalam kandungan rahim lagi sampai sekarang.
Sudah macam-macam teori yang saintis fikirkan tapi sampai sekarang masih menjadi tanda tanya.
Antara teori yang saintis cadangkan adalah kita menguap untuk kawal suhu otak sebab kekurangan tidur ataupun sebab kita bosan. Korang pun perasan kan kalau kita bosan mesti kita menguap.
Ada satu lagi teori yang mencadangkan bahawa kita menguap sebab nak beri “renjatan” kepada tubuh badan kerana kadar jantung kita lebih cenderung untuk meningkat dan otot mata kita menjadi tegang selepas kita menguap.
Kenapa ada pelbagai jenis darah?
Warna darah semua sama tapi tak semestinya semuanya mempunyai jenis darah yang sama. Macam yang korang tahu, darah ada macam-macam jenis contohnya darah jenis A,B, AB dan O. Jenis darah yang berlainan ini sebenarnya mempunyai kebolehan yang berbeza dekat setiap orang.
Dr. Mohammad Mobayed dari ProMedica Hermatology beri penjelasan yang wujudnya evolusi pelbagai jenis darah adalah berpunca daripada gabungan pemilihan semulajadi bagi jenis darah tertentu terhadap jangkitan tertentu.
Tetapi yang masih menjadi persoalan, kenapa tak ada lagi teori tepat yang mampu beri penjelasan sebenar terhadap misteri kepada pelbagai jenis darah ini?
Kenapa kita bermimpi?
Setiap manusia mesti ada macam-macam mimpi yang diorang pernah alami waktu tidur. Mimpi kena kejar dengan hantu la, mimpi kena patuk ular la, macam-macam la. Kadang-kadang rasa macam mimpi tu real sangat.
Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan di Maple Holistics, iaitu Kaleb Backe menjelaskan bahawa manusia menghabiskan hampir sepertiga daripada hidup dalam keadaan tidak sedar iaitu tidur.
Teori popular tentang mimpi menjelaskan bahawa mimpi sebenarnya antara proses otak kita menyusun kenangan dalam seharian iaitu kenangan mana yang berharga dan mana satu yang tidak relevan.
Tapi, saintis lain percaya yang mimpi ini sebenarnya tak ada fungsi spesifik dan cuma dilakukan oleh minda separa sedar secara bebas.
Walaupun pelbagai misteri yang masih menjadi persoalan sehingga kini, para saintis masih gigih meneruskan kajian mereka untuk mendapatkan jawapan sebenar kenapa segala persoalan ini.
Harapnya semua tanda tanya ini akan bertemu jawapan yang sebenar. Tapi, apa yang penting, tubuh badan kita sihat walafiat tanpa sebarang penyakit.
Sumber: Iluminasi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DanielBarton at 12-4-2021 01:26 PM
thanks for your article
|
|
|
|
|
|
|
|
So haiwan ada jenis pelbagai jenis darah juga x?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|