CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74994|Reply: 415

Chef Wan Sahkan Madu Serina Baru Diceraikan Minggu Lalu ~ Chef Wan Lega Serina B

  [Copy link]
Post time 11-4-2021 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tumpanglalu74 at 12-4-2021 02:12 AM

Chef Wan 'patah hati' dengan Serina?
Fatin Farhana Ariffin -            
April 10, 2021 @ 4:30pm            
fatin.farhana@bh.com.my


Chef Wan menitiskan air mata apabila bercerita kekecewaan terhadap Serina Redzuawan yang didakwa membelakangkan orang tua apabila berkahwin dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidid di Thailand. - Foto IG Chef Wan

KUALA LUMPUR: Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 63, mendakwa anaknya, Serina Redzuawan berkahwin dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidid sebelum lelaki itu bercerai.

Chef Wan mendedahkan, menantunya itu baru sahaja bercerai dengan bekas isteri, minggu lalu.

Tidak dapat menahan sebak ketika dihubungi BH Online, Chef Wan berkata, dia merestui perkahwinan anaknya, cuma kesal Serina membelakangkan orang tua apabila berkahwin di Thailand tanpa pengetahuannya.

"Serina datang ke restoran bersama Aidid dan rakan-rakannya, beberapa minggu lalu. Saya bertemu dengan mereka, tetapi Aidid hanya tunduk tidak angkat muka. Saya tak kata apa-apa. Saya berlalu pergi dan kemudiannya, menerima mesej Serina mahu memperkenalkan lelaki itu kepada saya.

"Saya bertanya mengenai status Aidid, Serina beritahu sudah bercerai. Mereka sudah mengenali sejak setahun lalu, tetapi baru dua kali bertemu. Saya nasihatkan Serina kenal dahulu hati budi dan tunggulah beberapa bulan lagi.

"Selepas bertemu Aidid buat kali pertama di rumah, saya tidak tahu sebenarnya mereka sudah berkahwin. Saya hanya tahu perkara sebenar, minggu lalu.

"Ada beberapa individu menghantar mesej langsung memberitahu Serina dan Aidid berkahwin di Siam. Jujurnya, saya sangat kecewa. Lebih menyedihkan apabila mendapat tahu mereka berkahwin tanpa berdaftar," katanya.

Chef Wan menegaskan, dia tidak pernah membantah kemahuan Serina mahu berkahwin lagi, cuma mahukan mereka mengenali hati budi terlebih dahulu, memandangkan anaknya itu mempunyai pengalaman buruk perkahwinan sebelum ini.

"Ini kerana pilihan Serina juga lelaki yang pernah berkahwin. Saya bertambah kesal apabila mengetahui Aidid baru sahaja bercerai dengan isteri pertama, minggu lalu.

"Bagaimanapun, apapun yang terjadi dengan perkahwinannya terdahulu, saya tidak mahu masuk campur, cuma saya hanya mahu dia bercerai secara baik, sebelum berkahwin dengan Serina. Tetapi, rupa-rupanya mereka sudah lama berkahwin di Siam, sebelum Aidid bercerai.

"Tidakkah mereka tahu apa sahaja yang dilakukan mempunyai impak kepada saya, dari segi kerjaya, perniagaan dan kehidupan peribadi. Adakah saya layak menerima semua ini selepas menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik?," katanya.



Justeru, Chef Wan memohon orang ramai tidak terburu-buru meninggalkan komen yang tidak baik padanya tanpa mengetahui kisah sebenar daripada pucuk pangkal.

"Saya tidak membuat kesalahan untuk netizen menghakimi saya. Saya mengeluarkan kata-kata tidak elok, tidakkah mereka tahu betapa 'patah hati' saya.

"Netizen yang tidak tahu hujung pangkal juga menuduh saya cerewet. Siapa anda mahu menghakimi saya? Sudah banyak kontroversi dilalui, dari isu Serina dengan arwah Hani Mohsin, perkahwinannya terdahulu sehinggalah sekarang, tidakkah anda rasa saya banyak belajar dan perlu menasihatkan anak?

"Saya menasihatkan Serina ambil masa mengenali lelaki yang ingin dikahwini. Adakah salah nasihat saya? Daripada setiap insiden berlaku, sayalah yang kutip dan selesaikan. Saya jugalah membayar kos mahkamah berharga sekitar RM60,000 dan sampai hari ini, saya masih membayarnya," katanya.

Disebabkan itu, Chef Wan berkata, dia nekad berkongsi kisah sebenar dalam laman sosial supaya netizen tidak membuat spekulasi dan menabur memfitnah.

Dalam masa yang sama, Chef Wan berharap, perkara ini menjadi iktibar pada anak muda agar tidak membelakangkan ibu bapa dalam soal perkahwinan.

Bagaimanapun, Chef Wan berkata, dia sudah memaafkan puteri sulungnya itu.

"Saya memaafkan Serina, tiada apa nak dikesalkan lagi, dia juga sudah berkahwin. Bagaimanapun, sudah tentu saya tidak boleh lupa.

"Terpulanglah pada Serina dan suami, saya hanya mahu perkahwinan mereka berhasil, bahagia dan jangan memalukan saya lagi. Cukuplah, kasihani saya," katanya.

Semalam, Serina mengesahkan dirinya bergelar isteri buat kali kedua menerusi entri dalam laman Instagram (IG). Bagaimanapun, Serina tidak berkongsi perincian mengenai majlis pernikahan yang dipercayai berlangsung di sebuah negeri di utara tanah air.

Menerusi perkongsiannya itu, Serina memaklumkan, perkahwinannya itu mendapat restu bapanya.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/04/805584/chef-wan-patah-hati-dengan-serina
____________________

Perkahwinan Aidid yang terdahulu:


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2021 11:57 AM | Show all posts

Paling Penting Dia Bukan Lagi Isteri Kedua

Edited by tumpanglalu74 at 11-4-2021 12:05 PM
BicaraHatiku replied at 11-4-2021 09:31 AM
Alah Chep oi...benda dah jadi. Cer Rina tu kawin dgn abang oil & gas ke CEO ke, duduk penthouse, mai ...

  

https://www.instagram.com/p/CNgnueiAwBg/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2021 12:16 PM | Show all posts

Tanteknye Munge

KBW2 replied at 11-4-2021 09:33 AM
Pencaras lah ni? Apoooolah



  

https://www.instagram.com/p/CNgsfWFg1NA/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2021 12:31 PM | Show all posts
scarflicious replied at 11-4-2021 09:36 AM
Baru 2x kenal... Of cos bapaknya risau. Kot cerai lagi... Pilihlah betul2. Laki tu pun ada bini lagi ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2021 04:25 PM | Show all posts

With Subtlety

Normabaru replied at 11-4-2021 10:09 AM
TT... eh janda meyor ni xmeroyan buka pekung ke hal ex suami dia kat socmed terang terangan mcm si f ...


https://web.facebook.com/hamizah.shaffee/posts/4032118270143984

Ape la salahnye..  Dia pon ade hati & perasaan..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2021 04:57 PM | Show all posts

Ontah2 Bapaknye Yang Bulldozer

Edited by tumpanglalu74 at 11-4-2021 04:59 PM
Normabaru replied at 11-4-2021 10:06 AM
Fuhhhhhhh...

Bulldozer lalu acah molia yachhhh




Kenape dengan penoh conviction orang ni berkata2??  Tak takot kene saman ke?  


Unless betol..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 11-4-2021 07:00 PM
So maknanya sarinah sailang laki oeang la ye. Shame on you, mmg patut kena cerca. Meouls percaya je  ...

Ex-waifu pon ade master MBA..



Sunggoh hebat xugak la orangnye berbanding oooooooppsss..  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 11-4-2021 11:21 PM
rainbowrainz replied at 11-4-2021 09:11 PM
Iols cuma nak tau serina kenal mamat acah2 ensem ni dkt mana??selambaaa badakkk je tinggal bini sbb  ...

Masyallaaa...



Mase berkerak bini xugak yang hadap kat vatang berkerak ko tu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 11-4-2021 11:44 PM

@Bergosip

Ni aku kopipes posting ko kat tingkap sebelah ye:

Sebab tu kena buat aduan. Sesiapa yang kahwin dengan kakitangan kerajaan dan pasangan pergi kahwin lari/sindiket. report je dekat SPA/jabatan yang pasangan berkerja. Jangan malu2 jangan ragu2 hihi

Kakitangan kerajaan, memang akan kena tindakan tatatertib kalau

1. Kalau kahwin lari/sindiket
2. Buat income lain (bisnes) tanpa declare walaupon untung RM1
3. Menipu hal punch card


Tapi, masalahnya tak ada yang nak buat aduan. Mungkin rasa diri jahat kot kalau buat aduan

Mak iols sepanjang jadi JUSA, berapa kes je dia sign untuk masalah tatatertib ni. Dan orang atasan macam mak iols which is JUSA, tak boleh nak create aduan sesuka hati walaupon nampak je ada yang menular pergi cafe pukul 3-4 petang. Masyarakat selalu viralkan kakitangan kerajaan menular/kaunter banyak tutup. Tapi tak buat aduan official. Memang tak ada tindakan lah. Dan rakan sekerja yang tau co-worker buat hal, tak bak buat aduan. Jadi, senyap sepi lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:31 AM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 11-4-2021 10:34 AM

Alah Chep oi...benda dah jadi. Cer Rina tu kawin dgn abang oil & gas ke CEO ke, duduk penthouse, main golf, drive bimmer 7 angka, muka cam mix sikit walaupun bujang terlajak. Tak le semak rumah papa ko ghaser?  
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:33 AM | Show all posts
Pencaras lah ni? Apoooolah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru 2x kenal... Of cos bapaknya risau. Kot cerai lagi... Pilihlah betul2. Laki tu pun ada bini lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
buat hal lah ko ni gundu rina
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 11-4-2021 09:31 AM
Alah Chep oi...benda dah jadi. Cer Rina tu kawin dgn abang oil & gas ke CEO ke, duduk penthouse, mai ...

muahahah.. Ayat chuolsss..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal wartawan ni tulis puteri sulung? Serina  bukan ada adik beradik perempuan lain. And she bukan anak sulung kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:57 AM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 11-4-2021 10:18 AM
sarah82 replied at 11-4-2021 09:45 AM
muahahah.. Ayat chuolsss..

Bethol ler chu...Rina pon satu gk. Alang2 ko nk bercaras, caras la anak tauke Jakel ker..bundle ker? Pengusaha kolam ikan keli pon berbaloi. Ini polis tak berpaku dan tak berbata. Papa nengok pun lahai...talk to my hand masuk dapor jer lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2021 09:58 AM | Show all posts

Memang Camtu Orang Tulih

Edited by tumpanglalu74 at 11-4-2021 09:59 AM
miss_perfect replied at 11-4-2021 09:51 AM
Apasal wartawan ni tulis puteri sulung? Serina  bukan ada adik beradik perempuan lain. And she bukan ...
Contoh: Prince Charles adelah putere sulong Queen Elizabeth setelah puteri sulong baginde Princess Anne.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisahnyaaa. Bila pi nikah kat siam? Ke hangpa polis boleh rentas negara sungai golok?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 11-4-2021 09:31 AM
Alah Chep oi...benda dah jadi. Cer Rina tu kawin dgn abang oil & gas ke CEO ke, duduk penthouse, mai ...

Kurang la sikit marah nya at least berkepuk duit. Kurang2 boleh la byr nafkah dri yg semekin
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 11-4-2021 09:58 AM
Contoh: Prince Charles adelah putere sulong Queen Elizabeth setelah puteri sulong baginde Princess A ...

Ayat yg uols guna tu .. puteri sulung princess anne coz anne IS anak sulung, and prince charles dipanggil putera sulung coz dia mmg anak lelaki yg sulung, sebab ada adik2 lelaki lain.

Dlm kes serina patutnya tulis puteri tunggal sebab dia adik chef nazri dan bukan anak sulung chepone.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhhhhh...

Bulldozer lalu acah molia yachhhh

nnt esok lusa dh xbersama@ank plak buat hal, jgn cari bapak yach..

Utk si bapak.. Org xkecam if ko xbuka laluan.. Take this as ur wake up call.. Start focusing on akhirat..

If xtau mana nk start,boleh jumpa si koko2

dia kalis nuraka wlpon bertenggek duaplohpatjam di bod gossip yang penuh dosa ni. So ceponen boleh amik turn. Sekarang dia tgh kira dosa kaka.. Siap qarin bpe byk pon dia blh tahu.. Tidakkah itu sgt menakjubkan? Hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
TT... eh janda meyor ni xmeroyan buka pekung ke hal ex suami dia kat socmed terang terangan mcm si family kayangan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni apa yg kita baca semua dari mulut si bapak dan dia ada tendency to exaggerate the real story. Kita tak tau sebenarnya apa berlaku di sebalik tu. Tapi better lah rina diam saja. Itu lebih baik. Sebab skrg pun semua dah cop dia anak derhaka kalau dia buka mulut lagilah jadi anak neraka terus. Malas la nak buka cerita lama tapi karma is the real bitch.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:16 AM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 11-4-2021 10:28 AM
anony-mous replied at 11-4-2021 10:01 AM
Kurang la sikit marah nya at least berkepuk duit. Kurang2 boleh la byr nafkah dri yg semekin

Kheennn.. Chep bernombor kot dia pun ada ego dia jugak sbagai seorang ayah. Circle of frens dia tu cam mana pulak. Habis kalau datin2 tanya your in law kerja apa? Keluar jawapan teros datin2 sepi hempas jer Hermes scarf...you cant sit with us... ahhgietuh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka selengek macam tu pun jadi rebutan.
Desperate betul si serina

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmm laki org gak di rembat bapak pn tahan dgn ex...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah2 la chef..put a brake on it takyah Kasi statement apa..focus jela tambah cawangan restoren as mentioned. Esok2 serina datang bawak kawan makan restoren papa, make sure kena charged
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.153092 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list