CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1016|Reply: 0

Gaji RM5.66 juta seminggu - Erling Haaland

[Copy link]
Post time 12-4-2021 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Gaji RM5.66 juta seminggu


HAALAND menjadi idaman kelab gergasi Eropah. FOTO AFP


London: Mino Raiola mahu menjadikan Erling Haaland pemain pertama bergaji £1 juta (RM5.66 juta) seminggu, menurut laporan hari ini dengan tiga kelab gergasi bersaing mendapatkan tandatangan bintang muda Norway itu.

Menurut The Mirror, ejen terbabit mahu memastikan perjanjian mega untuk pelanggannya yang pasti di luar kemampuan kebanyakan kelab.

Kontrak £1 juta seminggu akan melonjakkan Haaland mengatasi Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar sebagai pemain bergaji paling tinggi di dunia.

SunSport mendedahkan Haaland sendiri menuntut bayaran £600,000 (RM3.4 juta) seminggu yang cukup untuknya mencipta rekod pemain bergaji paling tinggi di Liga Perdana Inggeris tetapi ejennya mahukan yang lebih baik untuk pemain itu.

Raiola dan ayah Haaland, Alf-Inge berunding dengan gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid pada awal bulan ini dan difahamkan kedua-duanya terkejut dengan angka yang dinyatakan Raiola.

Jumlah yang sama juga diberikan kepada kelab Liga Perdana yang cuba membida pemain berusia 20 tahun itu.

Selain rekod gaji mega, perpindahan pada musim panas ini pasti membabitkan yuran perpindahan sekurang-kurangnya £150 juta (RM850 juta) dengan beberapa kelab sahaja sanggup membayarnya.


Sumber : https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052301 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list