View: 2618|Reply: 19
|
Jong-Un Arah Hukuman Mati Pegawai Tinggi Kementerian Pendidikan Sering Mengeluh
[Copy link]
|
|
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan mengarahkan hukuman mati ke atas seorang pegawai tertinggi di kementerian pendidikan tinggi selepas gagal mengadakan panggilan video mencukupi dan sering mengeluh dengan bebanan kerja.
NY Post melaporkan, pegawai berkenaan juga dikatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana tidak menyalurkan sumber dan bantuan mencukupi untuk menggerakkan kerja.
Kredit foto: Yahoo
Pegawai dikenali sebagai Park berusia 50-an itu dilantik sebagai pengerusi suruhanjaya tidak tetap kementerian pendidikan tinggi yang dibentuk pada Jun tahun lalu bagi melaksanakan Akta Pendidikan Jarak Jauh, lapor Daily NK.
Tetapi, penyelidikan oleh Jabatan Organisasi dan Bimbingan terhadap suruhanjaya itu menunjukkan bahawa Park gagal mencapai kemajuan nyata dalam menentukan hala tuju pembelajaran jarak jauh di negara ini.
Malah, ahli jawatankuasa suruhanjaya hanya berkumpul untuk mengkritik pemerintah, menurut pejabat berita yang berpusat di Korea Selatan.
Park dilaporkan mengeluh kepada pegawai atasannya yang memberitahunya supaya diam dan jalankan saja tugas diberi.
Namun, Park dilaporkan terus meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Saya tidak faham mengapa (kerajaan) memilih untuk melaksanakan akta ini, menubuhkan suruhanjaya ini dan memanggil profesor yang sibuk dari tugas universiti mereka sedangkan mereka tidak memberi sebarang sumber.
"Walaupun kita memberi cadangan, mereka hanya memberitahu supaya kita menutup mulut.
"Jadi kita hanya berkumpul dan kemudian pulang ke rumah masing-masing," kata Park kepada anggota suruhanjaya.
Suruhanjaya berkenaan terdiri daripada kira-kira 20 profesor yang mengadakan mesyuarat mingguan.
Siasatan dijalankan selepas Presiden Universiti Kim Il Sung, Ri Guk Chol kemudian mengetahui mengenai komen Park dan melaporkannya kepada jawatankuasa pusat.
Sementara itu, Mirror melaporkan Ri Guk Chol kini menerajui suruhanjaya berkenaan dan antara langkah awal yang diambil adalah untuk mengadakan persidangan video dengan lebih kerap.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Moga Kim Jong-un memerintah Malaysia... elok semua pemimpin yg korup di tembak mati dan yg menyeleweng kerja dan kebajikan pada rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Mengeluh tu tk pe. Tp jangan la mengeluh dkt media sosial. Bila org kecam ko ckp org tk paham. Ko mengeluh antara geng2 ko je boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia ada kat mesia
Berapa ramai la.mati nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka. Dahla kementerian pendidikan. Org dah suruh diam, kau bebel2 lagi. Kan dah nk kena bunuh. Kang hari nak kena tembak nnti, kau jgn bebel2 plk lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Bezanya nasib dgn majlis prof2 msia |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk betul, kepimpinan dia, nie.. Bunuh bunuh jer keje nyer |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dia tak suruh pelajar tukar kasut hitam kalau tak mengamuk si doraemon kim jongang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by highcastle at 13-4-2021 06:30 AM
Itu pun ramai yang kat atas ni bangga sampai ada yg mintak memerintah Malaysia.. Main bunuh suka hati dia aje...........
|
|
|
|
|
|
|
|
bertapa untungnya cikgu yg dok kt malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
orang malaysia rasa untung tak jadi rakyat korea utara
orang england rasa untung tak jadi rakyat malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab hati dah hitam..nampak perkara bunuh orang ni macam tengok wayang je.
|
|
|
|
|
|
|
|
menteri yg tido masa majlis konvo tu dah selamat jadi arwah kalo dok korea utara |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni aje selamat kalau tidur
"ahak"
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2: Moga Kim Jong-un memerintah Malaysia... elok semua pemimpin yg korup di tembak mati dan yg menyeleweng kerja dan kebajikan pada rakyat
Ler si jongkol ni amik duit rakyat yg bekerja utk sara negara kot. Bersyukur la. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni agama apa? Senang2 hukum mati org lain.. Xde percaya life after death ya? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya tak pepasal kena hukum mati. Btw panjang betul umur diktator korea utara ni, tak cash2 lagi pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bolehlah salahkan pegawai tu. Masalah yang dia utarakan tu memang nyata. Nak jalankan perancangan perlu duit.. kalau tak ada duit, macam mana nak buat. Bila cakap dengan pihak atasan, pihak atasan suruh tutup mulut... pihak atasan pun tak ada penyelesaian. Masalah bukan tak ada skill.. ada taraf professor kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow, ni betul2 anak murid Niccolo Machiavelli ni ....realpolitik ....matlamat menghalalkan cara , the end justifies the means?
wow man.....asyik bunuh2 je depa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|