Edited by CARI-MAL at 13-4-2021 06:46 AM
Sepanjang bulan Ramadan, tidak dilupakan dengan makanan Sunnah iaitu kurma.
Kebiasaannya, kita langsung memakan kurma yang dibeli tanpa membasuhnya terlebih dahulu.
Gambar hiasan/The South African
Salah ke kalau makan terus kurma yang dibeli tanpa membasuhnya? Tidaklah salah, namun tular sebuah video pendek di TikTok yang menunjukkan cara mencuci buah kurma yang baru dibeli sebelum memakannya.
Menurut perkongsian gadis tersebut, basuhan itu adalah bagi menghilangkan kotoran dari buah kurma serta sebarang ulat yang ada di dalamnya.
Cara basuhannya mudah, hanya dengan memasukkan buah kurma tersebut ke dalam air yang dicampuri garam selama 10 hingga 15 minit sebelum disimpandi dalam bekas bertutup.
Bagaimanapun, ramai juga warga maya mempersoalkan cara tersebut kerana khuatir buah kurma tidak tahan lama selepas dibasuh.
Namun, gadis dikenali dengan nama Azween Muzani itu membuat perkongsian video lain menunjukkan buah kurmanya yang melalui proses basuhan dari bulan Januari, bertahan sehingga kini.
Walaupun pelbagai persoalan timbul, Azween menyatakan ia terpulang kepada cara masing-masing dan tidak menjadi masalah untuk memakan buah kurma yang dibeli itu tanpa membasuhnya terlebih dahulu.
Sumber: KoolFM |