Bekalan vaksin Covid-19 untuk negara membangun kurang kerana ia dibolot oleh negara maju.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, itu merupakan situasi zalim dan tidak adil yang menyebabkan negara miskin sukar mendapat vaksin tersebut.
Kredit foto: FB KJ
Katanya, keadaan itu mengingatkannya kepada filem Titanic yang mana golongan kaya yang berada di kelas pertama mempunyai bot keselamatan yang miskin dibiarkan lemas.
Perkara itu katanya, turut menjejaskan program vaksinasi di negara ini ekoran jadual penghantaran adalah seperti sedia ada.
“Kita tidak diberi keutamaan, perlu beratur menunggu giliran manakala negara kaya membeli bekalan yang mencukupi untuk memvaksinkan rakyat mereka untuk tiga, empat, lima kali.
“Jika ini bukan ketidakadilan, maka saya tidak tahu apakah ia. Dan kami sedang cuba yang terbaik untuk memastikan program vaksinasi kita berjalan sehingga selesai, bukan hanya untuk kesihatan awam, tetapi juga untuk pemulihan ekonomi yang amat penting,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rangka Tindakan Kemampanan Malaysia Aviation Group (MAG) di sini, hari ini.
Setakat ini vaksin Covid-19 Malaysia diperoleh daripada lima pengeluar termasuk dari China dan Russia.
Betul., setuju.
Golongan kayangan boleh potong que, boleh dapat pfizer. Rakyat marhain dapat sinovac dan astrazeeca. nak adil semua orang dapat vaksin yang samalah. Baru adil. Beri vaksin atas 1st register, 1st serve.
Macam ada staf kat my office. Mentang2lah dia Dat..., dia dapat vaksin pfiser. Dah complete 2nd dose.
Kita rakyat marhain ni tunggu ajelah. Pastu tak boleh pilih vaksin mana. Kalau yang ada side effect-hadap ajelah. macam rasa main russian roullette aje.
uda replied at 13-4-2021 04:10 PM
Betul., setuju.
Golongan kayangan boleh potong que, boleh dapat pfizer. Rakyat marhain dapat sino ...
Aku rasa dorang ni xrancang betul2. Main cakap ja nak tunjuk kehebatan masing2.
Walhal hampeh. A cakp lain. B cakap lain. Besok u turn. Gaji berkepuk2 dapat.