Arnab terbesar di dunia dilaporkan dicuri daripada kandangnya di Worcestershire, United Kingdom.
Menurut Polis West Mercia, Darius, seekor arnab baka Continental Gergasi sepanjang 4 kaki itu dipercayai dicuri dari rumah tuannya, Annette Edwards pada Sabtu, memetik laporan portal berita BBC.
Kredit foto: BBC/COPYRIGHTWEST MERCIA POLICE
"Kami menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang arnab ini tampil ke hadapan.
"Dipercayai arnab baka Continental Gergasi ini dicuri daripada kandangnya yang terletak di laman tuannya pada Sabtu, 10 April 2021," kata jurucakap Polis West Mercia.
Edwards turut menawarkan ganjaran kira-kira RM5,700 (£1,000) kepada individu yang memulangkan arnab kesayangannya itu.
Darius dinobatkan sebagai arnab terbesar yang masih hidup oleh Guinness World Records pada April 2010.
Sebelum ini, pemegang gelaran tersebut dimiliki ibu Darius, Alice, yang juga dimiliki Edwards.
Sumber: Awani |